Pinjamkan Telinga Anda


Dengan Bismillah

Mendengarlah dengan perasaan dan harapan : Kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

Rasanya sudah beberapa hari saya cuba untuk menulis tentang ini. Tetapi baru hari ini, saya berpeluang mencatat apa yang bermain di minda saya ini.Sebelum saya lanjutkan tulisan ini, adakah ada dikalangan tetamu  blog ini yang sudah biasa" meminjamkan telinga anda" kepada orang lain ?Aduhai..ganas juga tajuk entri cik matahariku kali ini ye. Saya bukan apa-apa, berasa takut sendiri jika saya tiada upaya meminjamkan telinga saya kepada orang lain.

Anda rasa bagaimana jika ada orang lain di luar sana yang berjaya meminjamkan telinga mereka kepada orang lain.?wahh..siapa itu yang tak sayang telinga sendiri kan?( teringat satu ayat yang menjadi semakin sinonim dengan masyarakat kita hari ini : tak sayang mulut ke..)heheh.Sebenarnya macam ini, seingat saya sering juga saya pinjamkan telinga saya kepada teman-teman baik saya. Yang penting syarat meminjamkan telinga ini, tak mengira masa.Ikutlah bila dan dimana teman anda ingin berbicara, maka pinjamkanlah telinga anda. Tidak mungkin saya lupa ketika mengikuti pengajian KPLI di Ipsah, suatu pagi ketika saya selesai membaca Al Mathurat di bilik, seorang teman datang kepada saya dan menangis di hadapan saya. Hibanya waktu itu. saya sendiri tidak tahu untuk berbuat dan berkata apa. Jadi saya pinjamkan telinga saya untuk mendengar luahan hatinya. Sayu sekali.

Pernah juga saya pinjamkan telinga kepada senior saya disekolah. Katanya hal ini rahsia, dan dia berharap saya tidak menyatakan kepada rakan yang lain.Ada waktunya juga,saat teman sekerja mengadu atau merungut tentang sesuatu atau seseorang, maka telinga inilah yang saya pinjamkan kepadanya.Dalam diam, saya menyedari besarnya hikmah Allah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian. Dikurniakan kepada kita hanya satu lidah, tetapi dengan dua telinga. Dengan begitu supaya kita bertindak dengan lebih banyak mendengar daripada berbicara,

Tentunya Tuhan juga mencipta pelbagai lagi sebab dengan dua telinga kita ini.Biarlah dengan banyak mendengar kita akan lebih telus dan fokus dalam setiap tindakan kita.

Post a Comment

0 Comments