Dengan Bismillah,
![]() |
| Sesiapa Yang Berterima Kasih kepada sesama hamba, itu ertinya dia berterima kasih kepada TuhanNya. |
Tajuk entri kali ini : Terima Kasih. Rupanya tak selalu kita ucapkan terima kasih.Kadang-kadang terlupa terus nak ucapkan terima kasih. Boleh tak kalau saya katakan, orang yang tidak berterima kasih maknanya dia tidak mahu bersyukur.Terima kasih bukankah rasa penghargaan kita kepada orang lain ?.Dipihak anda, sukar atau tidak melafazkan terima kasih ? Anak kecil saya, setiap kali saya sediakan susu untuknya, saya yang akan tanya kepadanya seperti ini : cakap apa kat mama ?anak kecil yang berusia 2 tahun lebih itu akan menjawab dengan "bahasanya" iaitu : Terima kasih mama buatkan Mia susu..amboii..bukan main panjang ayat terima kasih anak saya kan..hehehe..Itu cara saya, mendidik anak-anak saya bagaimana mengucapkan terima kasih. Ikutlah bagaimana cara anda mendidik dan berbahasa, tetapi jangan lupa ajar anak-anak atau diri anda sendiri mengucapkan terima kasih.
Bukan itu sahaja, setiap kali Encik Husband saya memberikan duit belanja sekolah anak-anak, saya akan ingatkan hal yang sama : cakap apa kat ayah ?.Mereka akan menjawab serentak :Terima kasih Ayah. Bukan sahaja ucapan terima kasih, malah dihujung ayat diikuti sebutan ayah.Cerewet ke saya dalam mendidik anak-anak ?Suka hati sayalah kan.hahha...anak kita kan ibarat kain putih, kedua ibu bapanyalah yang mencoraknya.
Tetapi saya tahu, pendidikan kepada anak-anak kecil tidak semudah yang kita sangka.Anda bayangkan, kalau setiap hari saya perlu ingatkan hal terima kasih kepada anak-anak. Sebagai manusia biasa, saya hampir bosan melakukannya, tetapi sebagai seorang Ibu, saya gembira melakukannya kerana mereka anak-anak saya, kalau tidak saya atau suami, siapa lagi yang saya harapkan akan sanggup ulang dan ingatkan hal yang sama setiap hari kepada anak-anak saya?Jawab soalan saya ?Jangan terlalu harapkan guru disekolah.Sebagai guru, saya pasti berleter juga jika setiap hari murid yang sama tidak membawa buku. Sesekali angin satu badan juga saya kalau ada pelajar saya yang datang sekolah tanpa kelengkapan yang sempurna..( teruk betul cikgu sorang ni kann..).Apa pun, terima kasih membaca entri ini. Teringat Dr. Mohd Fadzilah Kamsah pernah berkata : Lakukanlah perkara yang kecil dan remeh, tetapi ia akan membawa kesan yang besar.Apa lagi, Cubalah...:)-

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!