Dengan nama Tuhanku, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Semoga setiap pekerjaan yang kita usahakan dan selesaikan sepanjang hari ini adalah pekerjaan terbaik kita untuk dipertanggung jawabkan kepada Ilahi nanti.Amin.
![]() |
| Lontarkan yang Positif kepada Alam |
Memandangkan dia meminta saya memanggilnya dengan panggilan Kak Pah,jadi dalam cerita ini saya menggunakan nama yang sama seperti kehendaknya. Pertama kali bersua dan berbual dengan Kak Pah, saya sangat kagum akan peribadi dan cara berfikir Kak Pah. Dalam usianya yang menghampiri usia persaraan , pastinya saya sangat betuah kerana dipertemukan dengan guru senior sepertinya.Selain tunjuk ajar dan panduan yang di beri berkaitan kursus major saya, Kak Pah sempat juga mengirim nasihat-nasihat berguna kepada saya tentang pengalaman hidupnya.
Kak Pah seorang yang sangat positif dan optimistik, itulah yang saya simpulkan tentang dirinya. Anda bayangkan, ketika saya bertemunya, dia memaklumkan yang dia sedang memohon bersara awal, tetapi dia begitu optimis permohonannya berjaya sehingga dia sudah membuat notes di calendar dalam telefon bimbitnya bahawa pada tarikh (yang dia inginkan ) sebagai hari pertama dia bersara.Saya cuma menghulur senyum dan mendoakan semoga hasratnya dikabulkan.
Pada hari terakhir saya menjalani SBE di sekolah itu, sekali lagi saya menemuinya dan kesempatan ini saya ambil untuk berbual panjang dengannya.Kebetulan waktu itu, waktu mengajarnya juga sudah selesai. Kak Pah berpesan kepada saya, katanya Hidup ini mudah sahaja Syam. Jika kita lontarkan hal yang positif kepada alam, alam juga akan membalas hal yang sama kepada kita.Jika kita fikirkan yang negatif, yang buruklah yang akan datang kepada kita.Katanya lagi, Allah suruh kita berdoa. Bila kita berdoa, adakah kita memaksudkan betul-betul apa yang kita inginkan?Saya diam, memikir dan mentafsir setiap kalimah yang lahir dari guru senior itu.Syam, kalau kita berdoa kepada Allah, sebut dengan jelas, dengan tepat, bila dan bagaimana kita inginkan hal itu atau sesuatu itu kita perolehi.
Dalam hati saya berkata, boleh ke dapat sebiji macam tu?Saya ni kadang-kadang degil jugak. Tidak mudah menerima bulat-bulat apa yang saya dengar.Walau bagaimanapun, ceritanya tentang dirinya, apa yang berlaku dalam hidupnya selepas itu, membuat saya akur akan kehebatan berfikir positif, optimis dan paling penting pergantungan dan keyakinan yang paling jitu kita sandarkan kepada Allah.
Cerita Kak Pah mendorong saya mengajak anda tetamu di Blog saya, agar berfikir sama sepertinya. Tidak rugi sedikitpun jika kita selalu mengambil pemikiran positif dalam setiap urusan kita. Berfikir positif bukan bermakna kita menafikan langkah berhati-hati dan berjaga-jaga terhadap sesuatu, tetapi kita berfikir optimis kerana kita Yakin Allah sentiasa ada untuk kita.Ingat, bila kita yakin dan sangat-sangat Yakin akan pertolongan dan perlindungan dariNya, DIA akan membuka seluasnya jalan untuk kita menuju bahagia dan jaya.Insyallah.Amin.

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!