Dengan Nama Allah,
Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baru 2012. Sebenarnya, belum pun sempat tahun baru menjelang, penghujung Disember saya sudah membayangkan akan kesibukan saya nanti sepanjang tahun 2012. Tugasan baru dan tanggung jawab yang diberi disekolah, tidak membenarkan saya menulis secara konsisten di ruang maya ini.Aduhaii..
Tak mengapa. Saya akan cuba mengurus masa saya dengan lebih baik pada setahun mendatang. InsyaAllah. Hari pertama dalam tahun baru 2012, tetapi entri kali ini saya ingin bercerita tentang hari-hari terakhir saya pada tahun 2011. kesemuanya, dapat saya simpulkan bahawa : saya belum cukup sabar rupanya...
![]() |
| Si pemandu teksi yang menguji kesabaran |
Pertama : kisah pemandu teksi - saya tidak tahu mengapa soalan seperti ini ditanyakan kepada saya apabila saya minta dihantar pulang ke rumah, yang terletak berhampiran Hospital. Encik pemandu itu bertanya : mau pigi hospital besar ke hospital kecil?.Sebelum itu, saya sudah bertanya adakah dia tahu lokasi yang saya maksudkan, dan jawapannya ya. Bila dah separuh jalan, pemandu itu bertanya soalan itu. Saya rasa pemandu itu seperti mempersendakan saya. Saya ugut ( dah macam gangster kampung dusun pun ada ni..hahha..) pemandu itu dengan berkata : saya hanya akan bayar tambang biasa yang saya perlu bila pulang ke rumah...
Kedua : Kisah Cik Tailor- Cik Tailor inipun saya marah.Sebelum hantar ke Tailor ini, saya sudah bertanya adakah dia boleh siapkan baju saya dalam tempoh masa yang saya inginkan. cik tailor itu kata, boleh. Apabila sampai waktu, saya lihat baju saya belum berjahit, dan pembantu tukang jahit itu memberi alasan dia tidak tahu menjahit baju saya. Mahunya saya tidak naik angin. Sebenarnya baju itu perlu dipakai ketika hari pertama sekolah, tetapi GB mengubah tarikh ke minggu kedua persekolahan. Saya tidak beritahu hal sebenar, tetapi saya mahu beri pengajaran kepada cik tailor itu, jangan fikir untung sahaja. jika tidak boleh jahit baju saya, ramai lagi tailor kat KL ni yang boleh jahit dan siapkan.(eksyen plak..).
Encik Husband menegur saya, katanya kalau macam itu cara saya marah, itu belum marah lagi...(lagi dia nak jadi batu api kann..)hahha..saya jawab macam ni : kalau saya boleh cakap lagi, itu maknanya saya masih ok, kalau saya terus diam dan senyap itu maknanya barulah saya benar-benar marah..
Walau apapun, peristiwa ini membawa saya kepada satu kesimpulan bahawa sabar saya belum cukup lagi..Nauzubillah.Saya pun manusia biasa. Ambil ktibar dari situasi saya ini, supaya anda dapat memperkukuh jiwa sabar dan tenang dalam diri. Penutup tirai 2011 saya agak mengecewakan diri saya sendiri. Semoga Allah mengampuni saya. Inilah pengajaran dan pelajaran tahun baru saya : banyakkan sabar!

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!