Dengan Bismillah,
Saya tersenyum sendiri saat membaca analisis sebuah website yang membuat penilaian tentang blog-blog yang terdapat dan wujud di negara kita. Nak tau kenapa saya senyum sendiri? Hmm..mestilah kan. Hanya orang yang "kureng" je yang suka senyum sendiri..hahah..
Saya dapati, website itu telah menganalisis blog Cik Matahariku dan memberi dua setengah bintang daripada lima bintang. Tak tau nak kata apa..ada rasa suka, kelakar, tak sangka, dan entahlah..Bagi saya pemilik blog, tentulah rasa sedikit gembira, at least dapat juga star kan..haha..cumanya, rasa kelakar sebab tak sangka blog yang masih baru ini, dengan bilangan pageviews yang suam-suam kuku, masih diberi nilaian yang agak positif, so congratslh kepada para pengunjung blog ini..Anda sebenarnya pendorong saya supaya sedaya upaya rajin menghantar entri ke blog Cik Matahariku ini.
Bintang yang menjadikan langit kelam itu indah
Sebenarnya, dua setengah bintang tu cuma intro saya, jujurnya saya ingin berkongsi tentang erti bintang itu sendiri. Sebagai seorang guru, saya gemar memberikan paling banyak sehingga 6 bintang di dalam buku latihan anak murid saya. Saya niatkan dalam hati, bintang yang saya berikan dalam buku itu sebenarnya lebih kepada satu dorongan, galakan dan pujian kepada anak murid saya yang menulis dan menyiapkan latihan yang diberi dengan baik, kemas dan sempurna dari sebarang kesalahan. Paling minima saya akan beri dua bintang sebagai tanda dan isyarat supaya murid saya tidak berputus asa untuk menghasilkan kerja dan latihan yang lebih baik pada lain masa.
Saya cuba meletakkan diri saya dalam kondisi murid, di mana ada masanya tahap dan kebolehan mereka saling berbeza dan tidak sama. Dalam keadaan macam mana pun, manusia biasa tetap memerlukan perhatian dan dorongan agar dia beroleh kekuatan dan keyakinan bahawa dirinya berguna, disayangi dan telah menunjukkan peningkatan dalam usaha.
Memandangkan saya mengajar di sekolah rendah, bintang menjadi rebutan murid-murid saya.Kadangkala, mereka sendiri yang minta saya letakkan berapa butir bintang yang perlu.Amboii..Selain bertujuan memberi galakan dan membina keyakinan dengan pemberian bintang-bintang dalam buku latihan murid, saya berdoa semoga apabila dewasa nanti, mereka juga akan menyinar seperti bintang pada malam hari.Aminn.
p/stt : Saya hanya berjaya menulis dan membuat bentuk bintang dengan betul ketika saya mula menjadi guru di SRIAH, itupun ada seorang dua teman yang menggelakkan cara saya menulis bintang dalam buku latihan murid, dan mengajar saya membuat bentuk bintang yang betul. Terima kasih kepada teman-teman yang menjadi guru kepada seorang guru..aduhaiii..

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!