Dengan Bismillah,
Sekian lama saya mencari peluang terbaik untuk menyatakan ini. Dalam banyak-banyak enjin pencarian, saya lebih selesa menggunakan google. Baik untuk mencari sebarang maklumat, hingga mencari resepi dan juga petua, google jugalah yang saya gemari. Belum lagi kalau Encik Husband saya mahu ke mana-mana destinasi, google jugalah pilihan hati.haha..macam serasi betul kami berdua dengan Encik Google.
Google -Ibarat sepohon pokok yang mengugurkan buah-buah yang manis
Terfikir juga, bagaimana Encik www.google.com/ (sebenarnya saya sendiri memandai mengelar si Google ni dengan panggilan hormat "Encik" memandangkan jasa dan khidmatnya yang tidak terhingga..hehe ) boleh mendapat namanya. Selidik punya selidik, asal usul nama Encik Google ni bukan begitu ejaannya. sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Google. Panjang juga cerita si Google ni kan?
Sehinggakan teman-teman di sekolah juga telah menjadikan Si Google ni ( dah macam apalah saya gelar Google ni kan, kejap Encik Google, kejap Si Google..huh! ) apabila bercakap tentang sesuatu yang berkaitan dengan maklumat yang ingin dicari, misalnya seperti : "Ala..apa susah, ko pi google je..mesti jumpa.."
Apapun, saya melihat kemudahan ini sangat memberi manfaat kepada kita semua. Sebelum saya menaip entri ini, saya baru sahaja minta tolong Encik Google, carikan jadual waktu solat bagi kawasan Wilayah Persekutuan, maklumlah sedang melatih anak-anak solat, nak bagi mereka faham waktu solat dan mudahkan mereka belajar solat pada awal waktu, maka saya sudahpun tampal di bilik solat (merangkap bilik belajar anak-anak ).
Apa yang dapat kita pelajari daripada diri Encik Google ini ialah, jadilah kita sepertinya yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain, kerana begitulah ciri sebaik-baik insan..InsyaAllah.

0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!