Fahami Bahasa Tuhan

Dengan Bismillah,
Hmmm...AlHamdulillah.Syukur juga bila jadi org KL ni, especially time dapat cuti macam hari ni..ahha..walaupun asai ( hurmm..sebut asai macam orang utara..hehe ) dari selatan tanahair, saya tumpang seronok kerana bekerja di Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur. Tambah-tambah bila 1 Februari sudah diumum sebagai Hari Wilayah, maka tersenyum kambing semua warga KL bila mendapat ruang rehat dan bercuti..yeayy!!

Apa cerita Hari Wilayah ni Cik Matahariku oii..Ha ah lah. Ingat post entri ni saja nak sembang pasal cuti sehari ni je ke..hurmm..Buang bil internet je bukak blog tak bernas macam ni kan..haha.Okeh, straight to the point ( wahh..cikgu BM nampaknya dah mula berbahasa omputih kat dalam blog dia nampak..).Maaf. Semasa mengikuti kuliah KPLI di Sungai Petani ( IPSAH ) saya dipertemukan dengan seorang pensyarah yang sangat "murka" andaikata guru BM sendiri yang tidak memartabatkan bahasa ibunda ini. Maka sejak itu , saya sedaya upaya menjaga tulisan saya dalam blog ini dengan bahasa yang saya kagumi ini. InsyAllah.Aminn

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah petang semalam ( selepas pulang dari bekerja : saya mengajar sesi petang ) puteri sulung saya bercerita tentang seorang ustaz di sekolahnya yang baru sahaja kembali ke sekolah selepas mengalami kemalangan ( sehingga kaki sebelahnya dipotong ). Saya dan suami mendengar penuh minat.Biasanya mesti ada sesuatu yang terfikir dimindanya tentang ustaz tersebut. Dari ceritanya, saya menduga akan rasa kagum dan hairan dia akan ustaznya yang "masih seperti biasa" walaupun sudah dipotong sebelah kaki. Puteri saya bercerita akan sambutan rakan-rakan sekolahnya yang beramai-ramai mengiringi ustaz itu. spontan saya jelaskan kepadanya :  " itu maknanya Allah nak tunjukkan ramai orang yang sayangkan ustaz Iman tu, walaupun ustaz dah takde kaki sebelah, semua orang tetap sayang ustaz.."

" Iman pun suka ( mungkin dia malu nak sebut sayang ) ustaz. Iman tengok Ustaz Azman pimpin dia turun tangga." Iman pun kena macam tu. Kalau nampak ustaz bawak buku banyak,Iman pergi tolong ustaz..Suami saya menambah. Kemudian saya pesan begini kepadanya dan juga adiknya yang diam mendengar cerita si kakak.

Jadikanlah Sabar dan Solat itu penolong bagi diri kamu, dalam susah dan senang, 
tetaplah dengan sabar dan solat

"Sebenarnya Ustaz tu sebagai pengajaran pada kita semua. Allah nak, bila kita tengok Ustaz Sabar walaupun tiada kaki sebelah, kita yang masih sempurna ini mesti lagi sabar. Bila Iman tengok Ustaz, Iman kena bersyukur sebab Iman masih boleh berlari sebab kaki masih sempurna, Ustaz dah tak boleh berlari..Bila tengok Ustaz, mesti Ingat Allah banyak-banyak.."

Begitulah bahasa Tuhan kepada hambaNya. Sama ada kita mahu berfikir atau tidak. Bagaimana kita memahami bahasaNya, pandanglah sesuatu dengan penuh hikmah. Sebenarnya banyak lagi yang dapat kita pelajari tentang sesuatu yang berlaku kepada diri kita, teman-teman atau sesiapa sahaja di sekeliling kita. Ustaz yang puteri saya ceritakan juga sangat bertuah sebenarnya, Allah memilih dia sebagai sumber Hidayah kepada orang lain supaya ingat kepadaNya.

Saya masih tidak sempurna. Masih perlu belajar dan perbaiki diri. Namun saya juga berasa perlu berkongsi pandangan dan perspektif saya tentang sesuatu, yang baik dan bermanfaat. Teringat kata-kata spontan, Iman saya sewaktu mengajak adiknya solat Maghrib bersama.Katanya begini : Adik, jom masuk syurga..akak nak solat ni..spontan juga adiknya menurut tanpa banyak bicara ( biasanya si adik akan merungut jika di panggil solat, tetapi jika si kakak sudah sebut syurga dan neraka, dia pasti tutup mulut..).

Benarlah Al Quran menyebut, pada langit dan bumi itu banyak sekali tanda-tanda kekuasaan dan kebesaranNya, maka hanya orang yang berfikir sahaja yang dapat memahaminya. Wallahualam..Fahamilah bahasa Tuhan..

Post a Comment

1 Comments

  1. Artikel yang baik dan memberikan info berguna. Terima kasih kerana berkongsi. Moga kita dapat kelebihan untuk FAHAM BAHASA TUHAN... wassalam...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!