Kenapa Gagal ?

Dengan Bismillah. Penghujung Januari 2012, tetapi kita masih lagi punya rasa dilema, serba salah, serba tidak kena.Mengapa jadi begitu ya..?.Kita bina azam dan memasang angan, semoga hasrat dan impian akan dikabulkan Tuhan, tetapi masih lagi sehingga penghujung Januari, kita masih tidak pasti dan tahu haluan manakah yang harus kita ikuti.Jalan manakah yang patut kita tempuhi.Lorong manakah yang perlu kita telusuri.Aduhaii..

Halangan terbesar untuk berjaya dan berubah, tidak datang dari luar, 
tetapi ia datang dari dalam diri sendiri-

Antara hasrat menuju dekat kepada Tuhan, memperbaiki amalan dan urusan kehidupan, kita masih juga berfikir-fikir.Bolehkah diri sendiri melakukannya? Dapatkah orang lain menerima perubahan diri dan bagaimana nanti jika kita akan dipinggir jauh kerana berubah diri? Sukar kan?

Keinginan untuk berubah dan menjadi lebih baik harus sentiasa tersemat di dada. Jangan ada yang menutup dan melontar jauh hasrat itu. Ya, itulah hasrat orang-orang yang BERJAYA : Hari esok lebih baik daripada hari yang dilalui pada hari ini.

Rupanya halangan terbesar memperbaki diri, bukan pada kecaman, sindiran atau umpatan orang lain. Bukan itu semua. Habis itu, apa ? Halangan yang kita sangka datang dari luar itu, mitos salah yang kita cipta sendiri. Halangan terbesar untuk berubah dan berjaya datang dari dalam. Halangan itu datang dari dalam DIRIMU SENDIRI!.


Post a Comment

0 Comments