DOA SETIAP SAAT

Inilah dia JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dengan Bismillah,
Seawal pagi jam 7.30 saya sudah terpacak di hadapan bangunan Jabatan pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Saya ada sedikit taklimat di sini. Taklimat itu akan berlangsung jam 9.30 pagi, maka saya ambil kesempatan ini untuk menghantar entri di sini..hmm..nak tau saya "lepak" di mana sekarang ini?.saya sedang menaip entri ini di cafe JPNWP nilah..:)-

Setakat ini, saya berharap taklimat pagi ini memberi banyak kebaikan dan kemudahan kepada saya dan murid-murid saya.. saya ingin kongsi, doa yang saya mohonkan kepada Ilahi, lewat solat subuh saya pagi tadi, ianya tentulah berkaitan dengan urusan saya di JPNWP pada pagi ini, antaranya, saya  bermohon :

Ya Allah, aku mohon kebaikan, kemudahan dan kelancaran dalam program yang ku hadiri pada pagi ini. Aku mohon Ya Allah semoga, dengan taklimat itu nanti, Engkau akan memberi ruang padaku untuk terus berkhidmat dan berbakti untuk anak-anak didikku..amin.

p/s : saya teringat satu artikel yang saya baca sebelum tidur malam tadi, berdoalah dalam apa jua keadaan dan pekerjaan yang akan kita lakukan. Dan, jangan sesekali lupa menyebut InsyaAllah, jika kita merancang, berkata sesuatu atau mengharap sesuatu yang akan datang...sebenarnya ada cerita berkaitan InsyaAllah ni, tapi saya akan hantar dalam entri selepas ini..InsyaAllah...:)-

Post a Comment

0 Comments