Dengan Bismillah,
Rasanya macam orang merajuk pun ada, bila dah agak lama tidak menghantar entri ke blog sendiri ni. haha..Kegilaan saya sekarang ini tidak lagi kepada facebook, tak bukak facebook empat atau lima hari, saya masih rasa biasa je. Kegilaan saya sekarang ialah, saya sedang begitu sibuk membaca secara maya, mana-mana website atau blog yang saya gemari.
Malah ada ketika, saya sanggup membongkar dan menelaah entri-entri lama mana-mana blogger,yang saya tertawan dengan isi dan tulisan blog mereka. Malah, sehinggakan,blog seorang Guru Besar Pencen pun saya sanggup baca, semuanya kerana pengalaman beliau yang ingin saya timba..( selain ayat-ayat yang dilontarkan oleh penulisnya yang membuat saya tidak jemu membacanya..).Boleh baca link blog Guru besar Pencen di senarai List Blog saya.
www.gentarasa.com
www.guru besar pencen.com
Apapun,saya ingin mengambil sedikit pedoma daripada beberapa blog yang saya lawati, antaranya blog gentarasa.com milik ustaz Mohd Pahrol, katanya antara menulis dan membaca, kita haruslah lebih banyak membaca daripada menulis. Orang yang tidak banyak membaca, maka dia tidak akan dapat menulis apa-apa. Saya berasa "ingin setuju" dengan pandangan ini. Bagi diri saya, pengalaman saya sendiri masih tidak seberapa, maka untuk setanding dan mendapat pengalaman dan pengetahuan daripada orang yang lebih berilmu dan lebih berusia ialah dengan membaca.Bagaimana anda?
Dalam tulisan Guru Besar Pencen, beliau sempat meluahkan secara selamba, antaranya jika menjadi guru, jadilah seorang guru yang mendidik, bukan seorang cikgu yang berkerjaya guru! Aduh..sinis sungguh bunyinya. Tetapi, saya juga "sangat setuju" dengan nasihat beliau itu. Selain kerana saya dalam lingkungan kerjaya tersebut, saya juga punya beberapa pengalaman "kurang manis" dengan cikgu yang asyik fikir cukup bulan dapat gaji..hurmmm....
Ok. saya akan berhenti dulu di sini, tetapi akan tinggalkan anda dengan satu soalan untuk kita fikirkan bersama: JIka anda seorang guru, di bahagian manakah, disekolah, yang anda tidak menjadi guru ?
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!