KEHILANGAN KATA

Dengan Bismillah,


Saya kehilangan kata.
Saat puteri Sulung saya menjawab : Takde telekung mama,
sebelum itu saya bertanya : sudahkah tunaikan solat ?
sebelum itu saya minta maaf, kerana terlupa bekalkannya kain telekung untuk dia bersolat nanti.
sebelum itu saya bertanya, kenapa  dia tidak bertanya ?
Puteri saya memberitahu : Rumah tu tiada telekung...
saya kehilangan kata.

Astaghfirullah..Ampuni dia dan Ampuni aku Ya Allah..


Tuhanku, bantulah diriku dan seluruh zuriat keturunanku adalah dari kalangan hamba-hambaMu yang mendirikan solat. Aminnn.

Post a Comment

0 Comments