PERKARA TERBAIK DALAM HIDUP KITA

Dengan Bismillah,
Tengahari semalam , seorang adik junior merangkap teman sekerja di Islamic Primary ( tempat di mana saya pernah berkhidmat sekitar tahun 2000-2003 ) menghubungi saya. Sebenarnya, kali terakhir dia menghubungi saya pada tahun 2008 beserta dengan kunjungannya sekali ke rumah saya.

Ketika dia menelefon, saya dapat dengar suaranya yang ceria. Dan sememangnya begitulah dia. Setia dengan jenaka dan kuat mengusik. Apa agaknya yang kami bualkan ye?Hmmm.. Mendengar permintaannya kepada saya, rasa bersalah jika tidak ditunaikan. Terselit juga rasa gembira kerana dia masih ingat kesukaan dan hobi saya yang suka "merapu" dengan ayat-ayat indah..hehhe..

Katanya, Pada waktu-waktu beginilah, dia teringat akan saya, dan harap saya dapat membantunya. Wahhh..bukan main dia mengampu saya. Saya berbesar hati dan bersetuju untuk "mengarang" beberapa baris ayat yang kalau boleh dipanggil ucapan untuknya. Kenapa ye, dia minta saya sediakan ucapan seperti ini agaknya? Anda harus baca sampai hujung cerita saya ini.:)-

Dalam hidup ini, 
  Peluang dan kesempatan yang baik tidak selalu datang.
  Ada waktunya, peluang dan kesempatan baik itu datang hanya sekali.
  Dan ada pula masanya, Kesempatan terbaik itu, kita biarkan ia berlalu tanpa kita sedari.Semoga  perkara-perkara dan kesempatan-kesempatan yang baik 
sentiasa ada untuk awak..."

Saya "merapu" menulis dengan beberapa baris ayat di atas dan menghantar melalui email kepadanya. Harapan teman saya tadi, dia ingin menghantar ucapan itu beriringan dengan sejambak mawar kepada seorang temannya. Saya senyum panjang mendengarnya.Ohh..adik juniorku ini ingin "memikat seseorang" rupanya. Belum selesai yang itu.Dia cerita lagi. Dia minta saya sudahi ucapan saya itu dengan tiga titik. Eh, kenapa pula? ringan mulut saya bertanya. Dan saya pun mencadangkan ucapan ringkas berikutnya ini sebagai penutup kepada ucapan tadi.

"I wish I am the best thing that comes in your life.."



Saya tuliskan penutup ucapan itu dalam Bahasa Inggeris memandangkan daripada cerita teman saya tadi, mereka lebih kerap berinteraksi dalam bahasa itu. Saya juga ada mencadangkan ucapan pertama tadi, di translate ke bahasa kedua itu.

Penghujung bicara kami, dia sempat minta pandangan saya berapa kuntum mawar yang boleh diberinya kepada seseorang itu? Wahh..saya pula yang terlebih excited mendengarnya. Macamlah saya pula yang akan menerima jambak bunga itu nanti. Saya katakan boleh juga dia menghantar 7 kuntum bunga sebagai mewakili bilangan hari dalam seminggu. Maklumlah, teman saya ini akan ke out station. Sebenarnya dia bercadang menghantar ucapan penutup itu, kemudian ( selepas dia menghantar jambak bunga dan ucapan pertama tadi ).

Tidak sukar rupanya mengembirakan dan membahagikan insan lain yang kita sayang kan? Yang penting hasrat untuk mengembirakan dan membahagiakan itu ada. Kehadiran insan-insan yang kita sayang ini, pastinya antara perkara terbaik yang datang dalam hidup kita kan?...


Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!