HERO KECIL & HERO BESAR

Dengan Bismillah,
Pagi-pagi lagi saya sudah "mengadap" makcik printer HP saya yang sedang "mogok". Entah kenapa, merajuk kot..Sebab hari tu hero kecil saya telah menarik wayar printer tu dan makcik printer HP saya tu jatuh tergolek. Nasib baik hero kecil saya tak apa-apa..hehe..

Inilah contoh makcik printer HP yang sedang mogok!
Masalah dunia jadinya apabila kita sedang terdesak untuk mendapat khidmatnya, tapi makcik HP printer ni tak dapat menjalankan khidmatnya.huhu..sempat juga saya pi google, untuk kenal pasti apa masalah printer saya ni. Namun, masih tak berhasil. Hmm..biarlah dulu kan. Ikut hukum alam. sesuatu perkara tu, kalau kita desak dan paksa, dia tak akan berhasil dan mengikut kehendak kita..hehe..( sebenarnya, hukum alam yang saya pernah terbaca, berkaitan barang yang hilang, ikut buku yang saya bacalah, katanya jika ada barang yang hilang, jangan gesa-gesa terus cari, memang tak akan jumpa.sekurang-kurangnya ambil masa dua tiga jam lepas tu, barulah cari..masa tu perasaan pun dah tenang..Insyallah akan jumpa.)

Mesej yang saya dapat hari ini ialah : Jangan abaikan hal-hal yang kecil, kerana mungkin hal kecil ini memberi impak yang besar kepada kita dan juga kehidupan kita.

Cerita tentang hal kecil yang memberi impak besar ni, teringat akan "hero besar" saya ( hero kecil tu baby boy saya, so kalau hero besar maknanya bapa baby boy sayalah..) hari itu hero besar saya telah tolong mengilatkan kasut kerja saya, masa tu dia sedang mengilatkan kasut kerjanya. Hmm..Esoknya, bila nak pi kerja, saya tersenyum sendiri.How sweet my dear husband..hehe..


Ini gambar hiasan sahaja
Ini pun gambar hiasan juga..:)-
Mesej daripada cerita ini ialah : Dalam rumahtangga, jangan berkira sangat, itu kerja suami, ini kerja isteri..yang penting saling melengkapi.:)-



Post a Comment

0 Comments