KEDEKUT SAYANG ?

Dengan Bismillah,
Rasa diri disayangi juga satu motivasi, apatah lagi jika menyayangi...
Hari ini saya bercuti..yeayy!.saya sekadar ingin berkongsi hasil bacaan daripada sebuah buku motivasi. Buku motivasi ? Ya, tak rugi beli buku motivasi ni, sebab bila kita rasa kurang bermotivasi dan perlu inspirasi, capai saja buku tu..bacalah semula ayat-ayat dalam buku itu. InsyAllah...:)-

Apa kata penulis buku motivasi tu ? Macam ni katanya : ayat seterusnya ini saya karang sendiri, ikut pemahaman saya.

Janganlah bersedih kalau kita tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada orang lain. Kerana yang lebih penting ialah bukan mendapat kasih sayang dan perhatian tetapi memberi kasih sayang dan perhatian. Hukum alam ini ialah, kita akan hanya dapat setelah kita beri. 

Jika anda rasa begitu sedikit mendapat kasih sayang dan perhatian, maka mungkin begitulah "jumlah" yang anda telah berikan kepada insan lain :)-

Kalau ada masa carilah buku yang bertajuk "Ikut Kata Hati"..itulah buku motivasi yang saya baca.

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!