Dengan Bismillah,
Akhir-akhir ini saya merasakan banyak kali juga saya menghampakan permintaan anak-anak kecil saya, sama ada dengan kesedaran saya, atau mungkin banyak juga tanpa kesedaran saya.Aduhai, teruk benar rasanya bila kita tahu kita tidak mampu memenuhi semua keperluan anak-anak sendiri ni..
| Apalah anak-anak kecil ( yang besar ini :)- ) faham tentang kesibukan dan kepenatan seorang ibu kan.. |
| Saya cuma berdoa semoga anak-anak saya dewasa dengan sifat-sifat tanggung jawab dan prihatin kepada diri mereka sendiri dan juga orang lain..aminn. |
| Si kecil Amsyar ini juga sudah pandai memohon perhatian yang lebih banyak daripada saya.. |
Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan suami membawa anak-anak ke Mph di salah sebuah pusat membeli belah. Sebagai ganjaran kerana mendapat peratus dan kedudukan yang agak baik dalam peperiksaan pertengahan tahun, saya memenuhi permintaan puteri sulung saya dengan membelikannya kamus bergambar dan dua set buku latihan.Pulang ke rumah, dia terus membuat latihan dalam buku latihan yang saya belikan. Dia berjaya menyiapkan unit 1 dalam kedua-dua buku tersebut. Dan minta saya menyemak, pada masa itu juga!
( Wahh..bayangkan waktu itu saya sedang memegang sudip di dapur!. Tak mungkinlah bagi saya untuk saya menyemaknya kan?.) Saya berjanji akan menyemak bukunya pada waktu malam, malangnya janji saya tinggal janji. Saya terlupa dan terus tidur.( boleh pulak tidur lena mama sorang ni dalam keadaan tidak menunaikan janji..huh! )
Kisah anak kedua pula, oleh kerana puteri kedua saya yang seorang ini suka tidur lewat, malam-malam butalah dia minta saya gorengkan nugget tempura untuknya. Laparlah katanya.Sedangkan kami sudah pun makan malam selepas maghrib!.Sebagai ibu biasa ( bukan ibu mithali..)saya katakan padanya esok-esok sahaja saya gorengkan untuknya.
Esok bagi saya mungkin bila-bilalah kan.Ohh, tidak begitu pada puteri kedua saya.Dia terus menuntut saya masakkan nugget tempura itu untuknya.Alahai..
Akhirnya, saya tunaikan juga hasrat dan permintaan anak-anak kecil saya ini dalam suasana yang terlambat dari saat mereka mengharapkannya.Rasa bersalah, hanya pada akhirnya.
Saya tidak mampu meraikan keperluan anak-anak saya sebaiknya. Semoga Tuhan ampuni saya. Begitulah saya. Untuk anda, saya catatkan pengalaman ini. Sediakan diri anda untuk dimanfaatkan oleh anak-anak atau sesiapa sahaja yang memerlukan.Bila mengenang kekurangan diri ini, saya belajar untuk mengerti patutlah darjat ibu diangkat begitu tinggi. Mungkin kerana pengorbanan yang tidak berbelah bagi. Saya belajar juga, seorang ibu apabila di rumah, prioritinya ialah suami dan anak-anaknya, bukan kerja sekolah atau urusan peribadinya.Wallahaulaam..
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!