Dengan Bismillah,
Alahai..tengok tajuk entri kali ini pun rasa dah ketar lutut. Sebenarnya bukan apa, cuti sekolah baru-baru ini saya berkesempatan pulang ke Kampung Encik Suami di Muar, dan tentu sekali singgah pula ke Kota Tinggi, kampung Cik Isteri ( sayalah tu..).
Sepertimana entri terdahulu saya pernah menulis mengenai berbahagia dengan kekurangan, kepulangan saya ke kampung Encik Suami berkebetulan dengan kenduri Ponggahan ( istilah perkataan jawa yang lebih kurang macam kenduri tahlil ) kalau nak maksud yang lebih jelas, boleh lah pi tanya kat pakcik google eh.
Walaupun saya dilahirkan sebagai wanita, saya akui banyak hal juga tentang perempuan yang saya masih belum arif. Terutamanya hal masak-memasak dan seumpamanya. Maka, bersempena dengan kenduri tersebut, ibu mertua saya yang selalu saya sebut Mak Muar ( ini panggilan yang Encik Suami cadangkan, sejak kami mempunyai dua mak ) bercadang untuk menghidangkan kek oren kepada tetamu sebagai hidangan pemanis mulut. Menu utamanya sudah tentulah Nasi Ambeng ( antara makanan masyarakat jawa ).
 |
| Rupa-rupanya banyak rupa dan jenis kek Oren ni.. |
Al kisah, bermulalah kursus membuat kek oren saya bersama Mak Muar. Berikut pelbagai jenis kek Oren yang saya cuba check kat pakcik google.Gambar ambil di Google, sebab hari itu masa kat Muar, eden lupo nak tangkap gambo.Hehehe.
.jpg) |
Ada yang buat Kek Oren dengan letak cheese. Apa kaitan buah strawberry dengan Kek Oren ya? Entahlah.
Mungkin sama-sama masam kot.. |
.jpg) |
| Nampak sedap kan..? Saja tunjuk yang buat kita teringin nak rasa, cari atau buat kek Oren ni..:)- |
 |
| Haa..inilah gambar yang paling hampir dengan kek oren mak Muarku.. |
Maaflah, memandangkan blog ini bukan blog resepi atau segala jenis masakan, maka saya tak bercadang nak turunkan resepi kek oren tu. Jika anda berminat dengan kek ini, melambak resepi kek Oren anda boleh jumpa asal sahaja anda rajin google.
Mak Muar saya menyediakan tiga biji kek Oren, dan saya berjaya menyiapkan dua biji kek.Wahh.. sangat gembira bercampur bangga ( sebab first time berjaya buat kek sendiri ) bila dipuji dan dikatakan hasilnya sama seperti yang Mak Muar ajarkan.Yess. :)- kepada Encik Suami yang budiman, sudi-sudikanlah belikan Cik Isteri awak ni mixer ye..hehe..Sebab lepas ni dah tak mahu masak nasi dah..kita makan kek Oren banyak-banyak..yeay!!!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!