Dengan Bismillah,
Hmm..Entahkan ada yang menanti, entahkan tidak. Saya kehilangan motivasi untuk menulis di blog sendiri. Pertamanya kerana seronok membaca dan melihat blog orang lain, keduanya, saya tidak punya inspirasi untuk kongsi..:)-
Entri "saya sayang Ustazah" sebenarnya datang dari tulisan puteri sulung saya. Hari ini, saya mencuri peluang balik awal dari sekolah kerana tiada sebarang tugasan atau mesyuarat yang perlu dihadiri. Sebaik ingin menunaikan solat Zuhur, saya melihat meja belajar anak-anak saya yang kami letakkan bersekali dengan ruang solat di rumah.
Timbul keinginan saya untuk membuat spot check akan buku-buku latihan puteri sulung saya. Biasanya, saya akan melihat bukunya, jika dia menunjukkan ada pujian baik, atau bentuk bintang yang ustaz atau ustazahnya hadiahkan.( macam nilah perangai guru yang macam saya, hari-hari sibuk semak buku anak murid, buku anak sendiri...hurmmm..).
Maka, terjumpalah saya akan "coretan sayang" daripada anak saya kepada gurunya...
| coretan "saya sayang ustazah" yang pertama saya jumpa dalam buku nota sains |
| buku kedua yang ada tulisan" saya sayang ustazah" dalam buku latihan Amali Solat |
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!