SELANGKAH KITA DEKAT

Dengan Bismillah
Entah.Saya tidak pasti.Tetapi mungkin begitu. Ya, mungkin begitu. Meski saya terlewat menghulur salam Ramadan kepada para pengunjung ( tatkala entri ini saya tulis,sudah di hari kelima Ramadan kita raikan ). Manalah tau kan, anda di sana atau kita masih tidak mengerti mengapa Ramadan kali ini atau setiap kali, tidak pernah terlintas disanubari akan kehebatan dan keberkatannya!.

Mohonlah Petunjuk dan HidayahNya, mohonlah semoga diberikan Ilham
untuk merasai nikmat Ramadan
Entah mengapa, hati tidak merasa keinginan untuk bersolat terawih, bertadarus atau memperbanyak ibadah sepanjang Ramadan. Sedangkan telinga dan mata sudah cukup jelas dan faham akan ganjaran dan pelbagai manfaat yang Allah janjikan.Kerana puasa yang kita tunaikan pada setiap Ramadan, Allah sahaja yang berhak menilainya.

Berdoalah kepadaNya.Mohonlah semoga kita dikurniakan petunjuk dan hidayah agar dapat menikmati Ramadan seperti kebanyakan hamba-hambaNya yang Soleh.Mohonlah semoga kita diberi Ilham untuk menyintai kebaikan dan berbuat amal ibadah yang lebih baik sepanjang Ramadan dan seterusnya.

Kita tidak mahu, Ramadan kita hanyalah berpuasa makan dan minum. Pengisiannya pula hanya tidur dan melakukan aktiviti yang tidak mendekatkan diri kita kepadaNya.Saya juga begitu. Mohon semoga diri saya dan seluruh keluarga berbahagia dan merasai rahmat dan nikmatNya Ramadan ini. Amin.

Jangan merasa terlambat atau terlewat untuk muhasabah diri atau berubah. Selangkah kita dekat kepadaNya, seribu langkah Dia datang kepada Kita...

Post a Comment

0 Comments