SERAH TUGAS

Dengan Bismillah,
Saya baru sahaja menyelesaikan Tugasan Individu yang perlu dihantar pada pagi Selasa nanti. Tugasan Individu ini merupakan tuntutan kerjaya yang perlu saya penuhi sebelum disahkan dalam jawatan saya. Maklumlah saya cikgu lama yang baru posting..:)- pelik bunyinya kan? Tetapi begitulah..Terkadang saya sengaja berpura-pura berlagak menjadi guru yang baru berkhidmat ( memang punn, jika dibandingkan dengan teman-teman lain di tempat kerja sekarang!). 


Semoga saya suksess dalam Kursus Induksi ini...amin.
Namun, dalam beberapa aspek lain, terutamanya melakukan dan memberikan hasil terbaik dalam setiap yang saya usahakan,akan tetap saya pertahankan.InsyaAllah.Anda pun sama.Jangan biarkan persekitaran atau situasi menentukan cara bekerja atau usaha anda, andalah penentu kepada corak persekitaran dan usaha anda!

Sebaik menghantar tugasan individu itu nanti, saya bakal berkursus selama 3 hari ke Port Dickson.Wahh..menarik bunyinya kan?.Tatkala menulis entri ini, saya masih ragu-ragu akan kemampuan saya mengakhiri kursus itu nanti. Mana tidaknya, saya harus pula menduduki ujian sebagai penilaian akhir sebelum disahkan dalam jawatan. Timbunan buku dan nota yang harus dihadam dalam tempoh beberapa hari, dalam keadaan berkursus pula, saya masih memikirkan apakah ada "tangkal" yang boleh saya pinjam untuk melewati hari-hari itu nanti..( yang sebenarnya saya kemalasan dan tiada perasaan untuk mengulangkaji..teruknya cikgu seorang ni..)

Antara isteri dan suami  BUKAN SAYA ATAU AWAK,
TETAPI KITA...
Ada juga cerita lain. Perbualan antara saya dan Encik Suami. Saya sempat ingatkan padanya, bahawa saya sudah siapkan nota serah tugas padanya, yang akan bermula pada Selasa ini.Suami saya sekadar senyum dan menjawab : Abang tengok, belum cukup detail tu, apa kata tulis list panjang lagi..heheh..Saya membalas usikannya begini : Tak sempatlah Bos, jangan lupa settlekan tugas-tugas tu ye..

Saya sengaja menulis beberapa senarai ringkas untuk rujukan Encik Suami sepanjang saya berkursus nanti. Saya tuliskan apa yang perlu dia sediakan untuk keperluan anak kami yang ketiga dan keempat yang akan dihantar ke nursery.Begitu juga keperluan anak sulung dan kedua yang sudah bersekolah.Saya bukan tidak percayakan kredibilitinya (heheh..)cuma saya mahu memberi panduan kepadanya akan tugas yang biasanya dilakukan oleh saya..:)-

Pengajaran untuk anda : Jika anda rasa sesuatu itu perlu dilakukan untuk kebaikan,lakukanlah!. Ingatlah, apa sahaja jika niat untuk kebaikan dan buat untuk kebaikan, hasilnya juga tentu baik.InsyaAllah.

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!