Salam Aidil Fitri kepada semua rakan : yang mengenali atau tidak...:)-
Al Hamdulillah. Syawal kelima bagi kita semua. Sebelum menghantar entri ini, saya sempat pergi ke google, untuk memilih dan mencari kad raya pengganti diri yang sesuai buat pengunjung blog saya ( akhirnya kad dengan gambar ketupat ini jugalah yang menambat hati saya..amacam, ok tak ? )
Sebenarnya, banyak nostalgia raya saya dengan objek berwarna hijau ni..Kalau ikutkan, wajah sebenar ketupat yang sudah direbus ialah kuning keemasan atau kecoklatan. Ketupat dalam kad raya saya ni, hanya untuk hiasan je rasanya.Heheh...
Zaman remaja dan dewasa saya sangat dekat dengan ketupat. Maklumlah, saya anak jati Johor, maka sudah semestinya ketupat menjadi hidangan wajib kami pada hari raya. Hidangan ketupat akan jadi lebih istimewa jika disajikan dengan rendang daging, ayam kicap, sambal kacang, kuah lodeh dan bagi masyarakat jawa tak tinggal dengan sambal gorengnya..wahh..enaknya!
Ketika usia saya menginjak 13-14 tahun, Abang Long saya selalu menyakat kami adik-adiknya yang perempuan dengan mengatakan orang perempuan yang tak pandai anyam ketupat, tak akan disayangi ibu mertua..Sayalah orang yang paling ngeri mendengarnya waktu itu, mana taknya, sayalah ketika itu yang tak lulus-lulus menganyam ketupat. Demi termakan hasutan Abang Long saya, saya kuatkan semangat mempelajarinya siang dan malam.
Akhirnya, saya berhasil juga menganyam ketupat sendiri! Apabila dewasa dan berumahtangga, usikan dan gurauan Abang Long saya, bukanlah boleh pakai seratus peratus..Keluarga mertua saya pula tidaklah hairan sangat dengan ketupat termasuk suami saya, melainkan bapa mertua saya yang sangat-sangat mengemarinya. Jadi, dengan kepakaran saya menganyam ketupat, sudah tentulah saya akan disayangi bapa mertua kan..hahha..
Apa pun, saya mengambilnya sebagai satu iktibar bahawa mempelajari sesuatu yang akan memberi manfaat kepada orang lain, pastinya tidak akan merugikan kita. Lagipun, air tangan sendiri untuk insan tersayang lebih bermakna kan...
|
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!