Belajar Menyukai

Dengan Bismillah

Saya bukanlah grup surirumah bekerjaya yang sepanjang masa berlapang dada dengan tuntutan tugas yang datang dibahu saya : sama ada tugasan di rumah atau tugasan disekolah. Ada waktunya, hati dan mulut ini merungut dan muncung sedepa juga akan "bebanan" tugas yang menghimpun.

Karenah saya yang kadang-kadang berkira dengan Encik Husband akan hal ehwal rumahtangga, selalu ditegur secara gurauan dan sinis oleh housemate saya yang seorang tu. Bila saya mula membangkitkan hal yang kami sama-sama bekerja, Encik Husband saya akan mengeluarkan tazkirahnya, lebih kurang begini :

"Kalau kita ikhlas buat sesuatu, kita tak akan ungkit-ungkit..."

Betullah tu. Saya menyetujuinya. Bukan saya tidak ikhlas. Ikhlas tu ada, tapi belum cukup cemerlang ikhlas saya tu..( macam-macamlah alasan awak ye cik Matahariku..)



Lintasan untuk menulis entri ini saya perolehi tatkala memandang Encik Husband saya yang santai membasuh pinggan selepas kami makan malam.Dia seorang lelaki, seorang suami dan seorang bapa, sedang membasuh pinggan di dapur, tanpa banyak soal. Sempat juga saya saya curi-curi pandang wajahnya, untuk mengesan akan unsur-unsur terpaksa atau menderita dengan pekerjaannya itu.




Rupanya Tuhan mahu mendidik saya, melalui suami saya. Apapun dalam kehidupan ini, kita akan mencapai bahagia dan tenang dalam hidup apabila kita merasa begini :

Apabila kita berjaya menyukai apa yang kita buat,
Dan berjaya membuat apa yang kita sukai...

Dari hal sekecil itu, saya sedang belajar sentiasa menyukai apa yang saya buat, dan pada masa yang sama apabila saya berpeluang melakukan apa yang saya sukai, saya akan lakukannya dengan penuh kesungguhan dan kecintaan!

Post a Comment

3 Comments

  1. terima kasih kerana membaca entri ini..:)-

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..apabila kita menyukai apa yg kita buat, sebenarnya kita telah mengalirkan sekali keikhlasan dalam diri kita terhadap hasil yang kita buat...harap saya juga dapat menjadi seperti anda..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. yup! betul tu,kalau buat kerja yang kita suka, ikhlas tu datang tanpa kita rasai pun...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!