Dengan Bismillah,
Selamat bertemu kembali 'tetamu' saya di Cik Matahariku..:)-Hampir lebih sebulan menyepikan diri dari alam maya, saya cuba mencuri masa untuk 'menghidupkan' laman Cik Matahariku yang tak berapa nak bersinar dan bercahaya ini.Aduhaii..kasihan!
![]() |
Benda-benda kecil yang meninggalkan rasa manis...:)- |
Tentulah ada sebab tersendiri, mengapa saya punya motivasi kuat untuk menghantar entri dalam blog saya pada hari ini kan? Sebenarnya, saya berasa dimotivasi pada awal pagi ini, tatkala saya sedang menikmati sarapan pagi di kantin sekolah bersama seorang rakan. Rakan saya ini seorang yang mudah mesra dan pandai mengambil hati teman-teman sekerjanya. Ketika dia baru masuk ke kantin, saya memerhatikannya sedang memgambil beberapa biji kuih dan di masukkan dalam plastik. kemudian, dia memanggil seorang murid supaya menyerahkan bungkusan kuih itu kepada salah seorang guru. Saya senyum mendengarnya.
Selepas itu, dia memesan air minuman panas dan makan bersama saya. Sambil makan, kami berbual. Saya berkata spontan kepadanya:
"Ye lah kak, zai tu selalu lupa nak breakfast, pagi ni pulak dia kena hantar budak pergi pertandingan kat Melaka. Saya takut dia lapar dan tak sempat makan"
"Baguslah Aja ni..akak pernah baca kat Facebook kan, ada satu words sebut macam ni, teruslah buat hal yang kecil kerana mungkin ia memberi kesan yang besar kepada orang yang menerimanya.."
Teman saya tadi yang saya panggil Aja, sekadar menghulur senyum mendengar cerita saya. Sungguh. Biarpun bagi Aja, hal itu hanyalah mungkin 'perkara biasa' atau hal kecil, tetapi saya yakin, Zai ( teman yang mendapat bungkusan kuih tadi ) atau sesiapa sahaja, pasti terkesan dengan apa yang dilakukan oleh Aja.
![]() |
meski hanya sebiji gula-gula, ia tetap memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan |
Oleh itu, janganlah 'merasa kecil' dengan perbuatan kecil atau pekerjaan kecil yang kita lakukan. Apapun yang anda lakukan, jika ianya memberi kebaikan, tiada salahnya kita amalkan. Ayuh, kita istiqamah dengan perbuatan kecil yang memberi makna besar kepada insan lain!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!