Kenapa Kita Perlu Berdoa

Dengan Bismillah,
Tidak terkata gembiranya saya hari ini, apabila seorang teman setugas memaklumkan dan berkongsi khabar gembira kerana rayuan permohonannya untuk bertukar lokasi perkhidmatan diluluskan. Walaupun usianya muda hampir 10 tahun daripada saya, saya melihat dirinya sangat tabah, dan lebih matang dari usia sebenarnya.

Dalam diam saya mengucap syukur, kerana sejak permohonan rayuannya sehinggalah beberapa hari lalu, dia masih berharap saya turut mendoakan kemudahan baginya bertukar lokasi perkhidmatan kerana faktor keluarga yang tidak dapat dielakkannya. Saya tahu, bukan sahaja doa dirinya, atau doa saya yang Allah sudah kabulkan, malah mungkin doa suaminya, ahli keluarganya dan semua sahabat handai yang mengetahui dugaan yang dihadapinya.

Bahagia itu bagaikan kita melihat bunga-bunga sedang indah mekar di taman

Begitulah kehidupan namanya. Kehidupan yang kita nikmati, dengan syarat tanpa hasad dan dengki, prejudis atau iri hati.Doakanlah teman-teman yang bermasalah dengan setulus hati, tatkala dia mengharapkan kesejahteraan buat dirinya, atau doakanlah walau tanpa dia memintanya. Kerana, jika kita berdoa secara senyap tanpa pengetahuan teman, Malaikat juga akan mendoakan yang sama kepada kita. Jadi, jangan lokek berdoa untuk orang lain, kerana apabila doa itu dikabulkanNya, bukan sahaja akan mengembirakan teman tadi, kita sendiri turut mendapat kebahagaiaan itu. Percayalah !


Post a Comment

0 Comments