Dengan Bismillah,
Mungkinkah anda kalangan pengunjung yang ingin membina kembali motivasi bekerja, pengunjung yang sering sahaja bersedih dan berasa putus asa, para pengunjung yang merasakan tidak dihargai, atau kesabaran sering teruji. Saya lukiskan kata-kata begitu, kerana sebagai manusia biasa yang lemah, yang kadangkala aras iman tinggi dan rendah, marilah kita selalu muhasabah. Ingatlah, Tuhan tidak akan pernah meninggalkan kita walau sesaat. Sedari kehadiranNya...
Hayati setiap perkara kecil pemberianNya, maka dengan begitu kita akan menghargai setiap perkara besar yang ditentukanNya.
Ganjaran kepada setiap kebaikan yang Allah janjikan tidak kan pernah dapat kita nilaikan taranya. Meski kita dikhabarkan pada satu kebaikan itu nilainya bersamaan sepuluh ( pahala ), tetapi tiada siapa dapat meneka bagaimanakah hitungan sepuluh itu. Kerana disisi Allah, sepuluh itu hanya DIA yang lebih mengetahuinya.
Sebagai hambaNya, tiadalah daya kita untuk menghitung setiap ganjaran yang Tuhan berikan. Apapun ganjaran yang Dia berikan, tentunya lebih baik dari kebaikan yang kita berikan kepada insan lain, atau kebaikan yang kita lakukan kerana mentaati perintahNya.
Namun, percayalah, Allah itu maha pengasih dan maha bijaksana. Masih diberinya kita perasaan untuk memahami dan belajar bersyukur atas segala pemberianNya. Ya, pernahkah anda merasai dikasihi Ilahi?Saat angin berhembus, saat cahaya mentari dan bulan menerangi alam, saat hujan gerimis yang menyejukkan alam, saat kelopak bunga sedang mekar, saat burung berkicauan, itu semua adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Hayatilah setiap perkara kecil, maka dari situ anda akan menghargai setiap perkara besar.Wallahualam...
1 Comments
Betul... bila je ada prob, kekadang tu kita owez thinking yg Allah xsyg kita.. pdhl, ujian tu pun da mnnjukkan yg Dia syg kat kita.. an?? tanx for da ilmu, sis ^_^
ReplyDeletebyk sgt gnjaran Allah bg kat kta yet kita mc xpndi nk appreciate..
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!