SEMUA ORANG " PENTING "

Dengan Bismillah,

Kadang-kadang atau selalu kita akan bertemu dengan seseorang atau dua tiga orang yang memandang orang lain dengan sebelah mata saja kan ? paling kurang pun, dalam drama melayu, drama korea atau drama dari seberang, pasti ada saja watak seperti itu.

dedaunan kering tetap ada manfaatnya kepada alam

Menganggap dan berfikir orang lain tidak penting kerana merasakan mereka tidak punya kepentingan pada diri kita adalah satu pemikiran dangkal yang tidak wajar.

secara peribadi, saya sendiri yang akan berasa sakit hati jika hal itu terjadi di depan mata saya sendiri. sekarang ni bukan lagi zaman atau kisah seperti ibu mertuaku kan...

Entri ini sekadar buah fikiran dari saya kepada anda supaya muhasabah bersama, mari amalkan cara berfikir begini :
kehijauan daun ibarat kesegaran dan kedamaian alam minda yang positif

jika kita melihat insan lain yang lebih hebat atau lebih baik dari kita,
ucapkan syukur dan katakan pada diri bahawa kebaikan dan kehebatan orang itu dapat mendorong 
kita supaya menjadi seperti mereka.
sekiranya kita bertemu dengan seseorang yang lebih buruk atau tidak baik,ucapkan syukur dan berkatalah kepada diri semoga Tuhan melindungi kita daripada berakhlak buruk dan
doakan supaya mereka mendapat hidayah NYA.. 

Post a Comment

1 Comments

  1. terima kasih utk entry ni... kadang kala memg tercetus di hati kita membeza-bezakan seseorang itu mengikut kepentingan yg mana kita hanya memberi tumpuan kpd mereka yg bermanfaat pd kita ketika itu.. kita tak tahu mungkin suatu hari nanti kita memerlukan mereka yg kita abaikan itu.. sekadar pandangan

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!