Dengan Bismillah,
Sebenarnya sebaik sahaja bermula penggal persekolahan baru bagi sesi 2013, saya sudah tidak punya kesempatan yang panjang untuk menulis dan berblog walking ke blog-blog. Kadang-kadang hanya sempat meninjau blog sendiri melalui telefon, dan kemudian tertidur.Huh..teruknya!
Namun begitu, ada sesuatu yang menarik yang ingin saya kongsikan bersama pembaca blog cikmatahariku,( sebenarnya, saya sendiri tak berapa yakin, sama ada saya punya pembaca tetap atau pengunjung tetap di blog ini, tengok jumlah paparan dan followers pun dah tahu kan..adehh..).
Ok, sebenarnya saya nak kongsi rasa gembira ini. Cuba tengok gambar dulu, baru cerita:)-
![]() |
| klik gambar untuk ke blog HH |
![]() |
| klik gambar untuk ke blog HH |
Blog saya terpilih dalam pemilihan rawak dalam segmen Blogger Pilihan Baru 2013 kelolaan blog Hasrul Hassan yang terkenal dengan tagline nya Your Educational Blogger Blog. Antara syarat pemilihan blogger baru ini ialah bilangan followers yang kurang dari 1000. Rasanya, dalam kategori followers ni, blog saya memang layak sangat kan.haha.
Entahlah. Masa mula-mula buat blog ni, memang tak terfikir pun nak ramai followers ke apa ke, sebab buat blog awalnya dulu hanya nak penuhi minat menulis. Itu sahaja. Bila buat blogwalking, baru terfikir, kalau setakat tulis, tapi mesej dan buah fikir kita tidak sampai kepada khalayak pun masalah juga, macam syok sendiri. Tapi, apa pun bila fikir, Allah pun tak suka kita buat sesuatu yang sia-sia kan, maka saya kuatkan semangat untuk mendekati blog-blog lain. Semoga setiap tulisan saya, walau sedikit akan tetap memberi kebaikan kepada semua.Amin.
Kepada yang datang blog ini melalui entri HH dalam segmen Blogger Baru Pilihan 2013, Selamat datang dan terima kasih. Tolong tinggalkan jejak anda di sidebar sebelah kanan ini, dan InsyaAllah, saya akan membuat kunjungan balas.Terima kasih sekali lagi...


6 Comments
Tahniah :)
ReplyDeletewahhahaha selamat ya ^__^
ReplyDeleteoya follow done, follback ya :)
.
Tahniah! Moga menjadi penyuntik semangat untuk terus berjaya dalam dunia blogging ini.
ReplyDeleteterima kasih kak...:)-
ReplyDeleteAs-Salam. Terima kasih kerana memberikan backlink kepada blog www.hasrulhassan.com
ReplyDeletewkmsalam..yelah, Encik Hasrul, orang berbudi kita berbahasa..:)-semoga sdra suksess dan diberi ilham menulis panduan yang hebat2 utk semua blogger.amin.
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!