Dengan Bismillah,
Sungguh! Saya rasa begitu. Rasa terkilan akan keputusan nekad dan drastik saudara terdekat saya. Bukanlah ingin memaparkan keburukan saudara sendiri, tetapi realiti itulah yang kita semua mungkin pernah lalui dan hadapi. Hanya mereka yang pernah merasai garam kehidupan, akan mengerti betapa sesalnya jika keputusan penting dalam hidup ditentukan tanpa muafakat dan siasat.
![]() |
| Dahulukan fikiran Positif dan percaya diri dalam membuat keputusan |
Mungkin ada antara kita yang pernah rasa menyesal. Meskipun penyesalan itu melibatkan hal-hal kecil ( kerana membuat keputusan terburu-buru, ikut perasaan atau desakan fikiran ), apa pun penyesalan itu tetap tidak berguna ( kepada mereka yang enggan belajar darinya ).Apatah lagi jika penyesalan yang kita rasai, memberi kesan jangka panjang sehingga kita asyik menyebut-nyebutnya dalam tidur dan jaga!
![]() |
| Tidak kan pernah ada keputusan atau pilihan yang kita buat tidak membuat kita rasa dalam dilema |
Saya ingin berkongsi sedikit panduan kepada anda, jika sedang buntu memutuskan sesuatu dan tidak tahu apakah tindakan dan keputusan yang harus dipilih, marilah kita perhalusi setiap tindakan kita terlebih dahulu.
- Kenalpasti apa punca atau alasan kita ingin ambil keputusan itu. Adakah kerana orang lain, diri sendiri atau keluarga dll. Apapun puncanya, dahulukan kebaikan untuk diri sama ada jangka panjang atau pendek, kerana diri sendiri yang akan menangungnya ( seumur hidup! ).
- Bincangkan keputusan yang ingin diambil itu dengan sahabat karib, keluarga terdekat atau sesiapa yang kita fikir dia mengambil berat akan kita dan memahami kita.
- Elakkan berfikir dengan ikut rasa hati kerana pengalaman orang yang lebih dewasa telah menjadi sejarah iaitu jika ikut hati biasanya MATI..
- Wajib fikirkan keputusan itu dari perspektif baik dan buruk. Kita harus rasional bahawa setiap pilihan yang kita buat dalam hidup pasti ada baik dan buruk. Namun jika pilihan itu nyata lebih banyak baik dari buruk, haruslah anda istiqamah dan kuatkan hati. Jika nyata sebaliknya, tangguhkan keputusan itu dan teruskan dengan berbincang. Jika sekiranya baik dan buruk hampir sama banyak, pilihlah yang paling kurang memberi keburukan atau mudarat.
- Jangan terlalu bergantung dengan orang lain dalam membuat keputusan. Anda yang akan menghadapinya, jadi andalah yang harus lebih banyak membuat pertimbangan. Tetapi Ingat, pandangan orang dewasa atau orang tua tentang sesuatu pastinya berasas dan berdasarkan pengalaman. Jangan sesekali abaikan pandangan kumpulan ini.
- Ikutlah saranan agama iaitu buatlah solat istikharah. Solat ini pula bukanlah hanya dibuat sekali sebelum pilihan dibuat, tetapi mungkin perlu anda lakukan setiap hari. Mungkin dari situ nanti, Tuhan akan pandu anda dan berikan petunjuk keputusan dan pilihan manakah yang terbaik buat anda.
- Biasanya jika keputusan yang kita ambil itu BETUL, segala urusan mengenainya akan dipermudahkan, hati berasa lapang dan tenteram dan kita akan terus nampak kebaikan dan hikmah akan keputusan yang kita ambil itu.
Akhir sekali, selamat membuat keputusan dan elakkan rasa menyesal..

.jpg)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!