Tekanan yang para ibu bapa hadapi jika berhadapan dengan situasi anak-anak yang nakal dan tidak mendengar kata, memang menyulitkan perasaan. Apatah lagi jika anda kalangan Ibu bapa yang berusaha mendidik anak tanpa kekerasan. Saya cuba kongsikan sedikit pengalaman sebagai ibu dan juga guru yang sentiasa berurusan dan melayani kerenah anak-anak kecil ( usia 2 tahun hingga 12 tahun ) hampir setiap hari.
Panduan ini juga saya perolehi hasil pengamatan dan pemerhatian saya sendiri. Ohh..saya bukanlah pakar kaunseling "budak kecil" apatah lagi konsultan untuk ibu bapa yang bermasalah, tetapi saya harap catatan hasil pengalaman sendiri ini dapat memotivasi anda supaya tidak berputus asa dalam mendidik generasi dan cahaya mata sendiri. Mari kita semak dan perhalusi panduan ini:)-
![]() |
| Latih anak berdikari dapat membina sikap tanggungjawab dan mengurangkan kerenah "mengada-ngada" |
Panduan Menghadapi Anak yang Nakal ( Tidak Mendengar Kata ) :
- Sebagai ibu bapa, andalah yang terlebih dahulu wajib menyemak atau muhasabah diri sendiri. Individu yang mudah menerima arahan atau mematuhi peraturan, tidak akan mendidik anak supaya ingkar dengan arahan atau peraturan. Jadi, jika anda memang seorang yang suka melawan atau membantah ( sama ada arahan majikan, suami dan Tuhan, maka inilah saat terbaik untuk muhasabah diri. )
- Anak yang meragam, kerana inginkan perhatian. Seorang pakar Motivasi pernah memberitahu, sama ada anak kecil atau orang dewasa, semua manusia ingin mendapat perhatian. Kenal pastilah, mengapa anak kita kuat meragam. Mungkin dia kurang sentuhan atau belaian, kasih sayang atau inginkan sesuatu yang kita tidak faham ( atau buat-buat tak faham ).
- Tidak perlu memanjakan anak keterlaluan. Ada waktu biarkan anak merasai kesusahan mendapat sesuatu, biarkan dia merasa susah dan penat belajar atau menyiapkan kerja sekolah dan lain-lain.
- Latih anak berdikari. Memberi peluang anak melakukan sendiri urusannya ( sesuai dengan tahap umurnya )seperti biarkan dia menyiapkan sendiri semua peralatan dan rutin harianya pergi dan pulang dari sekolah ( seperti kemas beg, kemas baju kotor, isi air dalam botol minuman dan lain-lain) dengan sedikit bimbingan ibu bapa akan membuat anak percaya diri dan tahu memikul tanggungjawab.
- Kenalkan anak dengan Tuhan seawal usianya 2 tahun. Sampaikan juga secara tenang dan lemah lembut akan adanya syurga dan neraka, ajak anak solat bersama anda dan beritahu juga hal-hal yang baik dan tidak baik. Input-input berupa kerohanian ini sangat penting bagi memandu fikiran anak kecil kita supaya dia tahu apa yang betul dan yang salah secara langsung dari kita daripada mereka belajar secara langsung dari persekitaran.
- Berikan pujian jika anak buat hal yang mengembirakan. Sebutkan kepadanya, sikap atau perbuatannya itu sangat baik dan anda menyukainya.Galak anak supaya terus melakukan perbuatan baik itu.
- Sekali sekala berikan hukuman. Hukuman harus mengarah kepada pembaikan diri dan mendidik anak bukan dengan tujuan memalukan dan menimbulkan perasaan dendam dalam diri anak.Letakkan diri kita ditempat anak, jika kita buat salah, kita harap kita dimaafkan dan di beri peluang untuk membaiki diri atau berubah, maka begitulah juga anak kita.
Didik diri untuk mendidik anak dan Selamat Mendidik!


6 Comments
Infomasi yang menarik..tapi sayang,wann tak ada anak lagi..hehe :)
ReplyDeleteterima kasih bc entri ini ye Wann, sekarang ni bc utk tambah pengetahuan, nnti kl dh berkeluarga, semua tips kt hujung jari je..:)-
ReplyDeleteAlhamdulillah, boleh buat panduan hidup ni
ReplyDeleteterima kasih baca entri ni sdr waiman takwa..:)-
ReplyDeletetq share..byk tip2 yg boleh di guna pakai..
ReplyDeletetq gambar tu teringat masa sy sekolah rendah dulu..malu coz kene denda berdiri luar class sebab x siap keje skolah..hehe
ReplyDeletehttp://vitaminhalal.com/
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!