Pesan Tahun Baru



Dengan Bismillah,
Secara Jujurnya, saya hanya benar-benar sedar bahawa tahun 2012 sudah berlalu dan tak akan kembali, lewat petang ini selepas menunaikan solat Asar. Itupun mungkin kebetulan kerana saya melihat jam pada permukaan telefon saya.Hmm..nampak sangat kesibukan sepanjang hari saya, sehingga tidak peduli orang di luar sana sedang sibuk berbalas ucapan tahun baru dan sebagainya.

Apapun, semoga Tahun Baru 2013 membawa anda semua selangkah lebih baik dari kehidupan lalu. Saya katakan selangkah kerana,ada waktunya untuk memulakan langkah baru yang satu atau yang pertama kali terlalu payah. Saya sangat yakin, bukan semua orang memilih tahun baru untuk berubah.

Ya Allah, jadikan permulaan hidupku adalah kebaikan, pertengahannya kebaikan dan penghujung hidupku juga Kebaikan yang banyak. Amin.

Kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini, marilah kita memulakan penghidupan baru pada setahun mendatang ini, dan tahun-tahun yang mendatang ( jika umur panjang ) dengan meletakkan keutamaan kita dalam hidup ini. Susunlah prioriti kehidupan kita mengikut ukuran dan aras yang betul. 

Orang yang hebat dan berjaya, bukan sahaja bagus merancang, malah bertindak mengikut kadar keperluan dan kesegeraan. Namun begitu, jika dalam hal agama dan tuntutan ibadah misalnya, bertangguh untuk bertudung atau menunaikan solat dengan sempurna bukanlah ciri orang yang hebat dan berjaya.Pilihlah menajdi hambaNya yang akur, sebagai tanda kita bersyukur!

Post a Comment

0 Comments