10 Blogger Terbaik Malaysia : Edisi Cubaan

Dengan Bismillah,
Seharian semalam saya tidak membuka Acer UltraBook, maklumlah bagi saya yang sudah berkeluarga, hujung minggu bukanlah waktu sesuai untuk mengadap "pakcik laptop" kan..(hey, kenapa pakcik, bukan makcik laptop ? whuaa..sebab yang tukang beli hari tu kan 'pakcik' saya.Haha. opss..MY DEAR ENCIK HUSBAND ( kena tulis yang elok-elok sahaja pasal suami anda ye..).

Jadi, pagi ni aura positif sedang mengelilingi diri. Di tambah lagi, bila check di carian Google, penyertaan saya berkaitan contest SEO : 10 Blogger Terbaik Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang drastik.Wahh..Cuba baca entri lepas saya tentang ini.Apa maknanya tu?..hehe..takde makna lagi.Lainlah kalau paparan itulah yang akan berlaku pada hari juri membuat penilaian kan..

Hari Pertama penyertaan : Entri saya berada di halaman ke-8 dalam engine carian google
( semakan pada 24 Februari 2013 )

Entri saya berada di halaman utama engine carian dan terletak ditangga ke-3
( semakan pada 25 Februari 2013 )

Harus diingat, ini adalah penyertaan siri CUBAAN saya, maka saya punya sebab yang sangat kuat untuk rasa gembira kan ?lalala. Anda bagaimana. Cubalah sertai pertandingan ini. Ada masa lagi.

Saya masih mengkaji dan memerhati, bagaimana perubahan ini boleh terjadi. AlHamdulillah, inilah yang saya anjurkan dalam entri lepas, supaya anda jangan takut untuk mencuba. Gagal dalam cubaan pertama itu jauh lebih baik dari "berasa gagal" sebelum mencuba langsung!

Mari fikirkan ini :

" Halangan yang paling besar untuk kita berjaya tidak datang dari luar
tetapi halangan yang paling besar itu sebenarnya
datang dari dalam diri anda sendiri..."


Post a Comment

6 Comments

  1. Wah...ada juga sesi percubaaa, semoga yang real dan sebenar begini juga jadinya.
    Nampaknya entri ini ada auranya tersendiri. Bolehlah sama2 bertukar link di link exchange, bolehkan......kita blogger baru kena saling mengenali.
    Ini link URL blog saya : http://www.sensasi2020.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih sdra, saya masih belajar tentang SEO ni, semoga blog sdra juga akan terus berkembang dan dikenali ramai.terima kasih juga baca entri ini:)-

    ReplyDelete
  3. Emm ada harapan nak menang nih..hehe..pertingkatkan usaha yer..pondok kecil entah ada harapan ke tak..hehe

    ReplyDelete
  4. terima kasih baca entri ini..:)- yang penting usaha mencuba tu ada..hehe..

    ReplyDelete
  5. saya sebenarnya kagum bilamana ada di kalangan wanita gemar ber SEO (saya selalu sebut CEO sbb pelat) sy kagum dgn awk... harap dalam laman ini kita dapat bertukar2 pendapat.. ini kunjungan sulung saya kemari dan komen sulung saya juga... ok OPs! jumaat... azan nerkumandang suda... ok jumpa lepas jumaat... banyak lagi nak geledah blog ni kang... :p salam kenal dari saya...

    ReplyDelete
  6. haha..CEO pun best gak..:)- terima kasihlah tuan CEO..selamat membaca entri2 saya dan renung2kanlah..ahah..

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!