Panduan Mengalah

Dengan Bismillah,
Apa agaknya tindakan anda jika sedang bertengkar dengan seseorang? Apa agaknya yang berlaku selepas pertengkaran terjadi?..paling teruk pun mungkin kita akan menangis..err..err..itu kalau perempuanlah kan? Tapi tak tahu pula saya jika ada lelaki yang menangis selepas terjadinya pertengkaran. Mungkin ada. Mungkin...Jika menangis dalam hati, siapa yang tahu kann...

Percayalah, jika berlaku pertengkaran atau perselisihan faham atau perang dingin, sama ada dengan kawan rapat, insan tersayang atau adik beradik atau sesiapa sahaja, ambillah tindakan yang paling wajar selepasnya.Apakah itu?


Mengalah sahaja.Ya.Mengalah untuk menang.
Tidak sedikitpun kita akan rugi dan kekurangan apa-apa
jika kita mengalah.

Wahh..senang nya cakap!.Hmm..beginilah.

Anda fikirkan perasaan yang tak seronok, perasaan yang tak gembira dan
 seribu satu macam perasaan yang berserabut di kepala.
Itu semua akan hilang sebaik sahaja kita mengambil langkah : mengalah.
Mengalah ertinya kita bersedia untuk minta maaf dan jernihkan suasana.

Bagaiman jika tindakan mengalah, dibuat tak tahu sahaja oleh "pihak disebelah sana ?"
Biarlah.Biarkan dia.Mengalah sahaja.
Kerana jika kita sudah mengangkat bendera putih,
 kita sudah berjaya mententeramkan diri kita semula.

Tanpa marah, kecewa, sakit hati. Yang ada cuma lapang dada.
Apakah rahsianya mengalah jika semudah itu?
Mohonlah maaf. Itu rahsianya. InsyAllah.
Fitrah manusia suka akan kebaikan.Kembali kepada fitrah...

( Entri ini merupakan post lama yang saya update dan publish semula. Semoga memberi manfaat..:)- )





Post a Comment

3 Comments

  1. Iya, lebih baik mengalah pada orang yg keras kepala..

    ReplyDelete
  2. Mengalah pd org yg keras kepala suatu kemenangan sebenarnya. Kita mengalah kerana kita tahu tiada maknanya membuang masa dgn orang yang hanya mahu kita mendengar kata-katanya..

    ReplyDelete
  3. Mengalah tak semestinya kalah..
    Salam kenal juga Nur :)

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!