Dengan Bismillah,
Dalam Entri lalu, saya ada menyebut tentang Cuti Rehat Khas ( CRK ) dan kaitannya dengan Award Gantian Cuti Rehat.Kali ini, saya ingin kongsikan pula tentang Faedah dan Panduan memahami bagaimana Award Gantian Cuti Rehat ini memberi manfaat dan faedah kepada penjawat awam yang tidak menggunakan kemudahan cuti ini kerana mengutamakan dan mengambil kira kepentingan perkhidmatannya.
Saya kongsikan info ini yang saya ambil daripada sini, dengan harapan ia dapat memberi pencerahan kepada para penjawat awam yang bersara dan bakal bersara, bahawa Award Gantian Cuti Rehat ini umpama penghargaan kepada para penjawat awam yang begitu dedikasi terhadap pekerjaan dan perkhidmatan mereka selama tempoh perkhidmatan mereka.
BILA BERKUATKUASA?
Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.
BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.
Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'Award' Gantian Cuti Rehat ini.
Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.
Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).
BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.
- 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
- 1 salinan kenyataan cuti
- 2 salinan penyata kiraan cuti
- 1 salinan kad pengenalan
- 1 salinan surat permohonan pesara/waris.
- Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
PENUTUP
Harapan saya, semoga manfaat yang para penjawat awam ini terima merupakan motivasi dan ganjaran terbaik dalam perkhidmatan supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh sabar, dedikasi dan ikhlas. Insy Allah.
Harapan saya, semoga manfaat yang para penjawat awam ini terima merupakan motivasi dan ganjaran terbaik dalam perkhidmatan supaya dapat menjalankan tugas dengan penuh sabar, dedikasi dan ikhlas. Insy Allah.
1 Comments
satu lagi kelebihan untuk penjawat awam... :-)
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!