Kali Terakhir Syukurku

Dengan Bismillah,
Aduhai, sebaknya terasa bila pagi ini saya singgah di halaman blog ini. Soalan lembutnya melalui penghujung bicara entrinya, sangat menyedarkan.Tatkala saya menghayati pertanyaan penulis yang berbunyi begini : Bilakah kali terakhir kita benar-benar berterima kasih dengan segala nikmat dan pemberianNYA, saya mula memikir, ya, bilakah kali terakhir diriku ini benar-benar bersyukur kepadaNYA?



Saya orang biasa sahaja.Dengan kerjaya saya, memang banyak ruang untuk saya sentiasa bersyukur. Mengadap bilangan murid di hadapan kelas, saya akui, saya sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan kalangan murid yang pintar, lebih hebat lagi, murid sekolah rendah yang mudah dilentur, lebih bagus lagi, kesemuanya anak-anak kecil perempuan yang mudah menurut kata. Ya, apa lagi yang saya mahu, setelah dilimpahkan dengan begitu banyak kemudahan dalam kerjaya saya?


Kehidupan peribadi saya juga, masih seperti seorang isteri, ibu dan suri rumah yang lain ( atau sepatutnya saya rasa lebih baik dan sempurna...) Meski sedang sarat 7 bulan, saya masih dikurniakan kesihatan yang sempurna di saat teman lain atau wanita lain yang sedang hamil, yang sedang menghadapi pelbagai kesulitan, malah saya dibantu lagi dengan suami yang rajin membantu, ada masa ( malah selalunya..) bergilir memasak bersama saya.Dia yang tidak pernah berkira dalam rumahtangga kami, apa lagi seorang manusia biasa seperti saya, yang saya ingini? apa lagi ya?

Jujurnya, saya takut dengan pertanyaan itu.Pertanyaan yang buat diri saya, terpukul dan terpaku.Setelah diberi begitu banyak nikmat, yang kadangkala saya tidak memintanya, ( ampuni aku, tuhanku...).

Akur atau tidak, dalam kehidupan ini, cara bersyukur dengan apa yang kita nikmati, tentunya pelbagai. Lakukanlah apa-apa sahaja yang diperintahkanNYA, jauhi apa sahaja yang ditegahNya, semoga anda dan saya segera tersedar. Hidup itu sendiri adalah pemberianNya yang wajib kita syukuri...

Post a Comment

9 Comments

  1. Assalammualaikum...alhamdulillah..betul tu Nur imans.. jikja dibandingkan dgn ramai org dilur sane..x semuanya memiliki khidupan sebaik kita kan..slm kenal dan reen singgah mnjenguk di sini...:)thanks sudi singgah blog reen ye..hihi..:)

    ReplyDelete
  2. betul tu reen, kita semua diuji dan sentiasa di duga. tetapi kdgkala bila kita bndingkan dgn org lain, ujian yg kita hadapi itu tidak seberapa pun..tetapi kgum dgn ketabahan insan lain yg menerima semua ujianNya dgn syukur..

    ReplyDelete
  3. Nur Imans @ Cik Matahari

    saya bertandang!

    ReplyDelete
  4. terima kasih sdri..:)- dari entri sdri sy panjangkan menjadi entri saya pula, sungguh mengilhamkan!

    ReplyDelete
  5. terima ksih sdr Hatimi..:)- selamat dtg ke blog Cikmatahariku ye..:)-

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah... Entry yg menarik... Tapi pic no 2 tu... rasa kesian tgk.. huhu

    ReplyDelete
  7. terima kasih baca entri ni. Pic no 2 tu, satu muhasabah sebenarnya, bersyukur bkn shja dengan apa yang kita ada, juga bersyukur dengan apa yang kita tiada, bersyukur juga bkn waktu kita senang sahaja, wkt sukar dan susah pun patut bersyukur, kerana semuanya pemberianNya..selamat dtg ke blog cikmatahariku ye crew fathi..:)-

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!