Hantar Ticket Dan Nuffnang Beri BE

Dengan Bismillah,
Seingat saya, kali pertama saya mula memasang iklan Cik Nuffnang  dalam blog saya ialah pada pertengahan Disember 2012. Masa tu, saya baru sahaja mengetahui tentang kelebihan berblog sambil menjana pendapatan sampingan. Yelah, masa mula berblog pada Julai 2011, saya hanya tahu buat blog sebab memenuhi minat dan mengisi masa dengan menulis.


Seperti yang disarankan oleh ramai blogger senior, terutamanya di Blog HH dan Cik Laili ( yang kerap saya lawati semasa awal berblog ) banyakkan membaca dan mencari info dan panduan tentang blog, iklan diblog, menulis entri dengan SEO,maka saya cuba mengaplikasikan saranan mereka dalam penulisan blog dan dalam berblog ( hey..cikmatahariku, macam-macamlah ayat yang ko guna..haha..).


Nyata, saranan dan panduan yang mereka ( senior blogger ) ajarkan dan berikan dalam blog mereka, ada kebenarannya!.Antaranya hantar ticket ke Nuffnang. Ya, awal bulan April, saya sengahaja ( dengan niat sebabnya...) telah menghantar satu ticket kepada Nuffnang dan bertanya apakah cara-caranya blog saya boleh mendapat Cost Per Unique visits Campaign ( CPUV ) atau ada yang sebut sebagai Buffered Earnings. Dan hasilnya, pihak Nuffnang bukan sahaja telah membalas dengan pantas email saya, malah seminggu selepas itu telah menghantar BE kepada blog saya, bukan satu ye, tapi dua..( ayat kerek semacam..happy sebenarnya..).

Sayangnya, saya tak dapat sertakan di sini email soalan dan jawapan Nuffnang tu sebab saya baru sahaja kemaskini email saya yang sudah penuh beberapa hari lalu. Walaupun nilainya tidak sehebat blogger lain yang punya ramai pengikut dan bilangan pageviews yang owesome, tapi kepada blogger baru, saya ingin mengajak anda berfikir positif : Harapan tidak akan menghampakan sesiapa, kerana disitulah letaknya kekuatan meraih impian- hehhe..

laman web Nuffnang juga harus rajin anda kunjungi untuk mendapatkan
perkembangan terkini

Rajin-rajinlah menimba ilmu dari blog-blog senior, dari situ anda akan mendapat pelbagai input berguna berkaitan dunia blog.


Post a Comment

0 Comments