Hati-Hati Bila Publish Entri Anda

Dengan Bismillah,
Saya menulis entri ini, saat terpandang beberapa tajuk entri yang "kurang sesuai" pada tanggap fikir dan minda saya, saat blogwalking. Yang menjadi lebih menakutkan, entri dengan tajuk yang"panas" itu menjadi antara artikel popular dalam blog-blog tersebut.


Ya, saya bukanlah seorang ustazah ( sepatutnya tugas menegur perkara yang tidak baik adalah tanggungjawab sesama muslim kan ). Tetapi rasa tanggungjawab dan atas rasa selemah-lemah iman ini, maka saya kongsikan pandangan saya melalui entri kali ini.

Nasihat saya, sama ada anda blogger lama atau baru, berhati-hatilah dengan entri yang anda terbitkan. Jangan sampai entri anda menjadi sebab orang lain mendapat dosa dan terjebak kepada kemaksiatan. Walaupun anda tidak berniat begitu, tetapi percayalah, mencegah itu tetap lebih baik. Jika niat menulis sebagai info atau panduan, pasti ada tajuk sesuai atau perkataan terbaik jika untuk tujuan perubatan.

Fitrah manusia, nyata menyukai hal-hal yang melucahkan atau mengambarkan keseronokan. Tetapi awas, bukan semua pembaca blog manusia dewasa atau remaja yang dapat berfikir rasional akan kebaikan dan keburukan sesuatu.Apabila kita menerbitkan entri yang penuh sensasi, ada mesej yang mendekatkan kepada kemaksiatan, maka secara tidak langsung, kita menyumbang kepada bahan-bahan bacaan lucah yang melambak di pasaran.


Secara langsung, selagi entri anda dibaca, selama itulah anda mengumpul saham " tidak untung" di sana.Cukuplah dengan pelbagai sumber bahan-bahan bacaan yang tidak mendorong kepada perkembangan positif minda sedia ada. Anda sebagai blogger, berfikirlah 10 kali jika ingin menerbitkan entri yang ada kaitan unsur lucah atau mendorong kepada perbuatan maksiat.

Lebih teruk lagi, jika anda kongsikan entri tersebut kepada mana-mana rangkaian sosial, atau anda sendiri yang ambil dari mana-mana sumber dan terbitkan untuk dikongsi pula dengan pembaca anda.

Apapun jika anda mempertahankan tindakan anda, berfikirlah mudarat yang lebih banyak berbanding fadilat sesuatu tindakan itu. Semoga Allah mengampuni kekhilafan kita.Jika rasa penting dan perlu, anda boleh sahaja buang atau remove entri anda dalam senarai post jika ada yang berkaitan dengan apa yang saya persoalkan ini. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tulis, anda tanggunglah akibatnya.wallahualam...

Post a Comment

9 Comments

  1. thanx for the info =)
    bahaya betol zaman sekarang nih

    ReplyDelete
  2. Yelah siti, kekadang tu, blog yang kita pegi blog personal,tapi sanggup keluarkan entri yang boleh mengaibkan macam tu...entahlah. susah nak kata...:)-

    ReplyDelete
  3. tq ingat mengingati yer ! done follow sini juga yer 80

    ReplyDelete
  4. terima kasih Kesuma, selamat dtg ke blog cikmatahariku,:)-

    ReplyDelete
  5. uiks sis kesuma angsana pun ada .hehehe..

    ReplyDelete
  6. hmm hmm .. satu peringatan yang baik untuk kita renungkan bersama. Moga baris ayat yang kita kongsikan memberi manfaat kepada semua.

    ReplyDelete
  7. agreed!! terutamanya bagi yg beragama Islam...

    ReplyDelete
  8. thanks mengingatkan..

    tq singgah follow blog sy yg tak seberapa..follow 90

    ReplyDelete
  9. tq for the info n peringatan.memang la kita ada hak utk tulis apa sahaja dalam blg kita.tp kiya juga perlu fikir sensitivity org lain juga

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!