Kempen PRU 13 : Mengundi di Hospital ?

Dengan Bismillah,
Wahh,seronoknya para pemerhati politik tanahair ye ( ini termasuklah pakcik-pakcik yang selalu dok bergebang kat warung kopi dan juga para pekerja part time yang tolong pasang bendera dan tampal poster ). Mana tidaknya, jangkaan tarikh pilihanraya bukan rahsia dan ramalan lagi. Semuanya sudah pasti. Tinggal tunggu masa sahaja menantikan saat terbaik membuang undi iaitu yang diisytiharkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya iaitu pada 5 Mei 2013 ( Ahad ).

Dua hari lepas, ketika dalam perjalanan pulang dari kerja, Encik Husband saya meluahkan ketidakpastiannya, iaitu adakah dia dapat peluang mengundi pada tahun ini atau tidak ?.Saya sekadar melempar senyum dan saya sendiri pun tidak pasti adakah saya juga dapat peluang mengundi pada kali ini?

Disinilah saya dijangkakan akan melahirkan cahayamata ke-5 kami,
mungkinkah di sini juga tempat saya membuang undi ? huhu...
Macam manalah kami berdua tidak pening kepala, tarikh membuang undi itu sebenarnya berdekatan dengan due date saya deliver baby kami yang ke-5 ( waa..ada ke orang mengundi di wad bersalin hospital ?).Tuan tuan di Suruhanjaya Pilihanraya, tolong jawab kemusykilan kami ini..haha.

Kira tarikh pilihanraya itu, adalah waktu berjaga-jaga kami, sementara menantikan kehadiran cahaya mata kelima kami.Yang bertambah haru cerita kami, pusat mengundi kami di Johor, dan sudah tentu perjalanan pergi balik sehari akan meletihkan kecuali kerajaan yang menang dalam pilihanraya nanti, berbesar hati untuk mengumumkan cuti umum pada tarikh selepas membuang undi nanti.( yeay!!..kalaulah...)

Apapun, semuanya atas kuasa dan kehendak Ilahi. Saya hanya mampu berdoa semoga segala urusan saya sewaktu melahirkan nanti dipermudahkan dan saya juga baby kami selamat. Amin.


Post a Comment

7 Comments

  1. nice post.terima kasih sudi dtg ke teratak ta yg tak seberapa tu.

    ReplyDelete
  2. wahhh dah nak dapat baby,oke smoga selamat deliver the baby oke.insyallah ;)

    ReplyDelete
  3. terima kasih sarah:)- tq jugak sudi membalas kunjungan ke blog akak..:)-

    ReplyDelete
  4. heee.. moga baby dan mummynye sihat2 aje.
    :)
    baby pru! acewah

    ReplyDelete
  5. huhu...sian kat akak...sepupu sy pulak tarikh kawen nya jatuh pada 5 mei...risau tak ramai yg hadir...kad sudah diedarkan...

    p/s : akak jaga kesihatan ye...smeoga Allah permudahkan proses deliver your baby...aamin =)

    ReplyDelete
  6. yup Anati, baby pru..:)- kena pilih nama dikalangan ahli politik nih..hahha..

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!