Dengan Bismillah,
Rentetan membaca entri dari blog-blog terkemuka tanahair pagi-pagi ini, terasa ingin berkongsi dengan pembaca pula sebab musabab orang suka datang atau baca blog kita.Haih, tulis "blog kita" macam tak kena pulak, saya rasa lebih tepat, "blog anda" sebab belum tentu ada orang suka baca blog saya, tapi sudah tentu ada orang suka baca blog anda kan?heheh.
Kenapa Orang Suka Baca Blog Anda ?
- Blog Anda Bercerita tentang perihal diri atau aktiviti seharian
- Kebanyakan blog personal atau tidak personal, jika anda selitkan sedikit atau kongsi sedikit tentang diri anda atau aktiviti anda, pasti pembaca teruja untuk membaca dan mengetahui lebih lanjut. Tak percaya tengok saja blogger-blogger yang berniche personal, tentu ramai pengunjung dan ramai yang beri komen. Tambahan lagi jika anda blogger yang berstatus celebriti misalnya Ben Ashari, Fatin Liyana atau Hanis Zalikha ( sekadar beberapa nama yang sedia popular ). Bagi saya pula, jika anda blogger pun, tapi bukan seorang celebriti, hal ini bukan masalah.Selagi anda rajin kongsi aktiviti harian anda dan kupas dengan cara tersendiri, orang akan tetap suka baca, termasuk saya!
2. Tulislah dengan sepenuh hati dan gunakan bahasa mudah difahami dengan gaya
cerita
cerita
- Senang cakap, tulis dari hati. Wah, masuk bab hati pulak, ni yang payah ni.haha.Saya pernah komen seorang pensyarah saya semasa membuat latihan KPLI di Sg.Petani 3 tahun lalu, mengenai menulis dari hati.Kebetulan pula beliau juga seorang penulis separuh masa untuk majalah-majalah terbitan DBP.Jika kita tulis sesuatu dari hati, bukankah ia akan sampai ke hati juga?.
- Nah, mulai saat ini, cubalah latih diri menulis dari hati. Bukan bab memasak saja perlu ada hubungan dengan hati, menulis blog juga begitu. Saya kira blog seperti ini dan ini telah berjaya mengikat hati saya untuk sentiasa datang dan membaca entri-entri terbaru mereka.
- Satu hal lagi, jangan lupa gunakan bahasa yang mudah difahami dan lakarlah kata-kata menjadi ayat-ayat cerita.Seorang blogger sepatutnya mampu menjadi seorang pencerita yang baik kan?
3. Blog anda memberi tips, petua, info terkini atau panduan
- Faktor ini semua blogger tahu. Jika blog anda tulis tentang topik berkaitan tips atau petua dan yang seumpamanya, mesti orang akan cari dan suka blog anda. Pada pandangan saya, khalayak pembaca menjadikan alam maya sebagai sumber utama mereka mendapat segala maklumat berkaitan berita semasa, hal makanan, pakaian, pekerjaan dan banyak lagi. Ingat, apa sahaja.
- Selagi blog anda sentiasa update dengan tips dan info berguna, blog anda akan sentiasa dikunjungi pelawat dari pelbagai ceruk rantau.Bukan semua orang di dunia ini, tahu semua benda, dan bukan semua orang rajin bertanya rakan resepi atau cara buat kek atau donat,jadi jika blog anda menampilkan ciri-ciri ini, tahniah.Anda telah memilih niche blog yang berkesan untuk hayat blog anda.
4. Blog Anda berkongsi tentang Dunia Hiburan atau Politik
- Tidak kira siapa pun pelawat blog anda, hiburan merupakan kesukaan ramai orang. Tidak hairanlah jika blog berkaitan dunia hiburan seperti Beautifulnara, OhBulan dan rotikaya mempunyai bilangan trafik yang tinggi. Jika anda menulis topik yang sama, usahakanlah supaya blog anda juga sehebat mereka.
- Membicarakan tentang dunia politik semasa, juga mengundang bilangan pengunjung yang tidak kan surut. Banyak sebab orang ramai suka membaca blog politik.Sebab paling ketara ialah dengan mengetahui perkembangan politik semasa, kita akan menjadi salah seorang warga Malaysia yang cintakan negara. Bab politik ini tidaklah wajib kita ambil tahu, tetapi harus ambil berat.
5. Blog Anda mudah di akses, kemas dan tidak serabut dengan Iklan
- Jika ditanya secara peribadi, saya sukakan blog yang mudah diakses.Maksudnya, kalau saya google, entri dari blog akan terus terpapar di papan utama carian google. Mungkin anda juga begitu.Mudah diakses ini juga maksudnya pelawat ambil masa yang pantas untuk terus mendapat maklumat dari blog anda ( loading tidak lambat ).
- Biasanya kalau ikut pakar, loading blog jadi lambat sebab banyak sangat widget tidak perlu dalam blog, atau banyak image.Tak tahulah. Tapi saya rasa teori itu betul.
- Jika blog anda kemas dan iklan dipasang dengan betul dan tidak menganggu pengunjung membaca entri yang anda post, inilah sebab trafik ke blog anda tinggi.Jika anda penulis blog yang prihatin, anda tidak akan menjadikan iklan sebagai halangan kepada pengunjung membaca dengan selesa di blog anda.
PENUTUP
Pandangan peribadi saya tentang 5 sebab orang suka baca Blog anda sudah terjawab.Sebenarnya saya rasa banyak lagi sebab orang suka datang blog anda, cumanya saya kongsikan pandangan saya ini yang mungkin dapat mencerna pemikiran dan membantu kita semua menyediakan maklumat dan berkongsi info terkini kepada pelawat dengan lebih baik. Selamat berblog semua!
11 Comments
Ada betulnya...setuju!
ReplyDeleteKadangkala kita kena jadi pembaca di blog sendiri, barulah dapat rasa apa yang pembaca lain inginkan dalam sesebuah blog.
ReplyDeleteSemoga blog ini akan terus maju jaya & mendapat sokongan dari semua..
terima kasih ciklaili n Bin Muhammad, semoga sokongan kalian meningkatkan lagi motivasi sy utk menulis..:)-
ReplyDeletewah tips & info menarik ni tq
ReplyDeleteSetuju tu CM.... Mcm okje pulak suka entri yg tak panjang sangat sedang sedang gitu, kecualilah menceritakan sesuatu yg kita ingin tahu...
ReplyDeleteSatu lagi kurang suka pergi blog femes ni sebab mereka tak akan datang balas balik blog kita punnn
yelah Cik Hainam, mngkin ada betulnya blogger femes ni jarang peduli kat blog yang mcm CM pnya ni..huhu..anyway, tq balas balik kunjungan saya..slm kenal dr sy ye..:)-
ReplyDeletesalam..belog saha haru biru macam mana tu admin..setuju blog dengan jiwa yang ikhlas dan sederhana.
ReplyDeletesalam kenal dari cahayacinta.jemputlah ke blog saya.tq
wkmsalam, terima kasih dtg sini cahaya, ehh, nm kita dah mcm ada bau2 bacang je kan..awak cahaya n sy matahari..hahha..salam kenl juga..
ReplyDeletebetul . bagi sya cara penyampaian tu perlu lebih santai . sdg cuba utk tak skema sgt ...
ReplyDeletekadang-kadang tgk je apa yg kita tulis, kl perlu sedikit skema spy mesej sampai, tak salah rasanya..lgipun blog kita kan, kitalah yang tentukan sendiri..:)-
ReplyDeleteInfo yang menarik! Insya Allah kami juga akan perbaki kualiti blog kami selepas ini.
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!