Bonus Raya Sebulan Gaji Kepada Penjawat Awam di Selangor

Dengan Bismillah,
wahh, senyum lebar para penjawat awam di Selangor apabila Menteri Besar Selangor semalam mengumumkan bonus sebulan gaji kepada 21,776 penjawat awam negeri sempena Hari Raya Aidilfitri.Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta bagi tujuan itu dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Ia diberikan kepada kakitangan tetap, kontrak dan sambilan, namun sekiranya Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi (bonus) setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini," katanya di sini semalam.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam manakala sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos ini.

Menurut beliau, penjawat awam yang layak menerima bantuan tersebut membabitkan kakitangan Gred 1 hingga Gred 54, manakala semua pesara kerajaan berjumlah 660,000 layak menerima bantuan tersebut.Najib memberitahu, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Selain bantuan khas itu, Najib memberitahu, penjawat awam juga bakal menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini.

Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1 KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (hari ini).
Kenaikan gaji tahunan dan pemberian faedah pemindahan gaji itu adalah sebagaimana yang diumumkan oleh saya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," kata Perdana Menteri.

Tahniah kepada semua yang terlibat menerima imbuhan sempena Hari Raya tahun ini. Walau sebanyak mana pun yang kita dapat tetapi jika tidak bijak merancang dan mengurus kewangan, bantuan dan bonus yang diterima akan masih "tidak cukup" untuk anda dan keluarga. Jadi, perkara pertama sebelum berbelanja, urus dulu kewangan anda. Jangan pula perbelanjaan melebihi pendapatan. Selamat membuat persiapan perayaan!

Sumber berita dari sini.

Post a Comment

0 Comments