Keywords "Slip Gaji Julai 2013" Sebab Pageviews Blog Naik Mendadak Sehingga I K

Dengan Bismillah,
Sangat gembira bercampur terkejut. Saya tidak pernah mendapat jumlah pageviews melebihi 400 dalam sehari, tetapi kenyataan yang saya hadapi semalam sungguh mengharukan.Wahh..saya teruja. Ah, perangai jakun saya sekali lagi datang menguasai diri.haha. Dengan keywords "slip gaji Julai 2013" blog saya mencapai pageviews sehingga 1k. Satu kejayaan peribadi buat blog saya.Al Hamdulillah.

Pageviews sehari paling tinggi yang pernah Blog ini capai
Carian dengan keywords "Slip Gaji Julai 2013" di Blog Cik Matahariku 

Ceritanya begini. Awal pagi semalam, saya telah publish satu entri khas berkaitan Semakan Gaji Julai 2013 di e-Penyata Gaji : Penjawat Awam sah dapat 1 KGT. Rupanya entri ini telah mengundang ratusan dan ribuan penjawat awam untuk menyemak penyata gaji depa bagi bulan Julai 2013.Al maklumlah, depa ni kan akan dapat dua kali kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini.Tambahan pula, ada juga yang turut mendapat tunggakan KGT tahun semasa. Maka, wajar sangat para penjawat awam ni terlebih excited.


Entri saya yang mengundang pageviews sehingga 1 k
Selain itu, faktor entri berada di halaman utama enjin carian juga memudahkan mereka mendapatkan maklumat berkaitan di Blog saya.Saya anggap ini permulaan baik bagi Blog saya sempena ulangtahun kedua penubuhan blog Cik Matahariku. Saya memang memasang angan-angan untuk mendapat traffic dan Unique visitor seperti Blog ini yang dikongsi dalam entrinya.Saya cemburukan kejayaannya dalam berblog. Semoga saya juga akan sampai ke tangga yang sedang didakinya.Amin. InsyaAllah.

Post a Comment

0 Comments