Penjawat Awam Cari Slip Gaji Julai 2013 ?

Dengan Bismillah,
Sejak slip gaji bagi bulan Julai 2013 boleh disemak, carian tentang slip gaji ini memenuhi senarai keywords search di blog saya. Begitulah resmi manusia kan? Sesuatu itu akan dianggap berguna dan penting jika ada manfaatnya dan kegunaan kepada diri sendiri.Samalah nasib dengan Slip Gaji Bulan Julai tahun 2013 yang dicari-cari oleh ramai penjawat awam akhir-akhir ini lantaran pengumuman kerajaan yang telah mengotakan janji untuk memberi Kenaikan Gaji Tahunan ( KGT ) kepada semua kakitangan awam dengan amaun sebanyak satu kenaikan. Ia bermakna bagi tahun 2013, semua penjawat awam akan mendapat dua kali KGT iaitu satu KGT tahun semasa, dan satu lagi KGT yang diberi awal iaitu diberi melalui gaji bulan Julai 2013.


search keywords slip gaji Julai 2013 di Nuffnang
search keywords slip gaji julai 2013 di Blogger.com

Slip Gaji Julai 2013 Semakin Popular

Kenapa saya bangkitkan isu ini? Sebabnya masih terdapat segelintir daripada kita yang memandang mudah hal ini. Pertamanya kerana slip gaji tidak akan diberi kepada penjawat awam, sebaliknya mereka hanya perlu cetak sendiri di e-penyata gaji ( itupun sekiranya perlu bagi tujuan membuat pinjaman peribadi dan sebagainya ). Selain itu, mereka hanya perlu semak di e-penyata gaji secara online bagi memastikan tiada masalah dari segi bayaran gaji atau pemotongan bulanan bagi komitmen individu yang membuat bayaran hutang melalui potongan gaji.

Selebihnya, keperluan untuk menyemak slip gaji sebenarnya tidaklah begitu mendesak ( Ini bagi orang kebanyakan ).Kecuali baru-baru ini, apabila kerajaan umumkan akan pemberian KGT yang dibayar melalui gaji bulan Julai 2013, maka berebut-rebut penjawat awam ingin menyemak slip gaji mereka bagi bulan Julai 2013.

Slip Gaji Julai 2013 yang popular
Selepas pemantauan saya di laman pintas e-penyata gaji, laman tersebut masih menghadapi masalah loading yang lambat, mungkin disebabkan "laluan" yang sibuk ke pautan tersebut.

pautan ke sini masih lambat untuk dilayari


Post a Comment

0 Comments