Penjawat Awam Terima Bonus Raya 2013 Pada 31 Julai

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Penghujung Julai ini iaitu pada 31 Julai 2013 ( Hari Rabu ) penjawat awam di Malaysia termasuk pesara kerajaan dijangka akan menerima bonus raya masing-masing seperti yang diumumkan Perdana Menteri pada minggu lalu.


Menurut beliau, penjawat awam yang layak menerima bantuan tersebut membabitkan kakitangan Gred 1 hingga Gred 54, manakala semua pesara kerajaan berjumlah 660,000 layak menerima bantuan tersebut.Najib memberitahu, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bonus Raya 2013 kepada Penjawat Awam

Pemberian insentif yang dikenali sebagai Bantuan khas Kewangan sebanyak RM 500 kepada para penjawat awam dan RM 250 kepada pesara kerajaan membolehkan kakitangan awam menarik nafas sedikit lega bagi meringankan beban mereka membuat persiapan sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Walaupun terdapat desas-desus yang membangkitkan isu pemberian Bantuan khas Kewangan ini kerana jumlahnya yang berkurangan berbanding bonus raya pada tahun lepas, Perdana Menteri menegaskan hal tersebut dengan ulasan seperti berikut :
Pada tahun ini,Para penjawat awam telah mendapat kenaikan gaji tahunan biasa dan juga pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1 KGT mengikut gred gaji masing-masing.
Kenaikan gaji tahunan dan pemberian faedah pemindahan gaji itu adalah sebagaimana yang diumumkan oleh saya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13.
Sumber Berita :

Post a Comment

0 Comments