Dengan Bismillah,
Pejam celik dan pejam celik, tahu -tahu kita sudah berada pada hari ke-8 Ramadan. Alhamdulillah. Berkat bulan mulia ini, tidak terasa masa berlalu dek kesibukan mengurus rumahtangga dan keperluan anak-anak yang sedang belajar berpuasa dan pada masa sama harus pula ke sekolah sebagai rutin biasa mereka.
Meskipun saya sedang bercuti 90 hari kerana melahirkan cahayamata ke-5, keperluan anak murid di sekolah, tidaklah boleh kita abaikan. Tahu-tahu sahaja, tidak sampai dua bulan pun UPSR 2013 akan menjelang. Jadi, saya ambil kesempatan masa yang ada kepada ibu bapa, guru atau murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR pada tahun ini bolehlah cuba menjawab Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro.
Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro
Sebagai makluman, ujian percubaan ini disediakan di laman web-Astro Tutor TV UPSR dan berlangsung selama seminggu iaitu mulai 15 Julai 2013 hingga 21 Julai 2013. Yelah kan, daripada bebudak ni asyik dok mengadap facebook sementara tunggu berbuka puasa tu, ada faedahnya bimbing anak-anak anda menjawab Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro. Belajar ni, kenalah ada teknik dan strategi kan? Dah zaman ni, segalanya di hujung jari, jadikan medium yang disediakan ini sebagai strategi anda cemerlang dalam peperiksaan.
Karang lepas berbuka puasa, solat dan sebagainya, boleh sambung buat ujian percubaan ni. Opss..tapi ujian ni ada timing yang kena kita ikut. kalau betul-betul nak jawab macam dalam peperiksaan sebenar, eloklah jawab lepas solat terawih dan boleh pilih subjek manakah yang ingin anda uji dahulu.
Panduan jawab Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro
Berikut saya cuba bantu anda yang tidak biasa ke laman tutor upsr di tv astro dengan beberapa sedikit panduan. Jom, kita pi tengok macam mana nak jawab Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro.
1. Klik laman utama tutor tv astro :
2. Terus klik paparan sign 'Mari Bermula" dan anda akan ditunjukkan dengan paparan seperti berikut :
- Anda boleh pilih untuk jawab mana-mana subjek yang disediakan atau "tutor" dalam web tersebut akan pilih untuk anda jika anda confius nak jawab mana dulu. Kalau ikut saranan cikgu, jawablah yang mana anda "strong" dalam subjek tu. Ini penting untuk bina keyakinan diri.
- Sila baca term "penting" yang dinyatakan dibahagian bawah. Ada 4 ingatan untuk anda fahami sebelum menjawab Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro.
3. Selepas anda pilih subjek, paparan seperti ini akan keluar:
- Sekiranya anda belum mempunyai akaun atau belum daftar dengan Astro tutor tv, maka anda hendaklah klik dahulu bahagian daftar dan isikan beberapa maklumat yang diminta.
- Jika sudah daftar, terus isi nama akaun dan kata laluan kemudian klik hantar.
4. Jika tiada masalah dalam pendaftaran, anda akan di bawa ke paparan yang mengandungi
set soalan Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro mengikut subjek pilihan
anda.
- Anda hanya perlu baca soalan dan pilih jawapan yang disediakan. Bila anda klik jawapan B misalnya, secara automatik, huruf B pada kad skor akan dihitamkan. Jadi, tak payahlah kita nak bersusah payah hitamkan jawapan secara manual kan. Jimat masa banyak sangat..:)-
- klik arahan seterusnya setelah habis jawab satu-satu soalan. Ingat, jangan ambil masa terlalu lama pada satu-satu soalan kerana masa menjawab dikira sebaik sahaja anda buka paparan soalan Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro.
Penutup
Sebaik sahaja anda selesai menjawab, sila klik hantar. Kemudian lihatlah skor yang anda dapat. Jika skor yang diperolehi belum mencapai tahap yang diinginkan, cuba jawab sekali lagi. Semua orang yang berjaya dan cemerlang, pernah gagal 2-3 kali malah ada yang sehingga 100 kali mencuba sebelum menjadi manusia terbilang!.Selamat menjawab Ujian Percubaan UPSR 2013 di Tutor TV Astro.
Semoga suksess dalam UPSR 2013!
9 Comments
bagus kan ade tutor2 ni..anak m3h 4 thn lg baru la amik upsr
ReplyDeletebetul tu, kemudahan yang sepadan dengan teknologi yang ada,ank2 belajar pun taklah jadi boring kan..
ReplyDeleteanak buah saya pun ada ujian upsr sekrg nih . dia ni x de fb sbb ikut cakap cikgu nya yg x beri anak muridnya ada fb . tapi ada blog n hanya blh buka pd weekend jer . kena ikut cakap mak su sbb tumpang internet mak su nya ... heheeee
ReplyDeleteTV sebagai salah satu sumber pembelajaran. Sangat bagus!
ReplyDeleteBolehlah juga ibu bapa cuba menjawap sekali ye... :)
wahh..baguslah dia ada maksu yang "kedekut guna internet" macam vee ye..:)- takdelah dia leka dgn blog dia kan...bagus--bagus--
ReplyDeletebetul tu BM, budak2 skrg ni bnyk kemudahan untuk belajar, cuma nak dengan taknak saja...
ReplyDeleteSaya tak pasti sama ada di sekolah saya masih ada ataupun tidak. Di sekolah lama, sudah diberhentikan pendidikan Astro ni.
ReplyDeleteSekarang ni kpm bnyak perkenalkan konsep pembelajaran maya, antaranya V-Frog pun antara contoh pembelajaran dengan menggunakan ICT secara maksimum.
ReplyDeletebaguslah mcm ni ! sgt membantu adik2 kita !
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!