Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Cara buat Serunding Kelapa Yang Mudah dan Sedap ni sebenarnya saya ambil dari SINI. Bila saya tengok bahan-bahan yang digunakan, saya terus jatuh hati dengan rasanya! Wah, gitu sekali? Yelah, saya tahu, itulah bahan-bahan yang Ibu mertua saya gunakan setiap kali beliau menyediakan serunding kelapa.
Kalau ikutkan, banyak kali juga ibu mertua saya buat serunding kelapa ni, cuma "menantu bertuah" yang sorang ni sahaja malas nak mintak resepi atau salin kat dalam buku. Tahu makan saja.haha.Bila terfikir untuk memakannya, baru sibuk nak cari resepi. citt.
Biasanya Ibu mertua saya akan buat serunding kelapa ini setiap kali tibanya Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji, atau apabila keluarga mertua mengadakan kenduri ponggahan ( kenduri menyambut ketibaan ramadan, popular di kalanga masyarakat Jawa).Serunding kelapa yang sedap ini akan dimakan bersama Nasi Ambeng idaman Malaya.hehe.Kalau cakap bab Nasi Ambeng ni, kena buat entri lain pulak nanti.Ok, tunggu lain kali.
serunding kelapa ni sebenarnya boleh digandingkan atau dimakan bersama nasi himpit, nasi ambeng, ketupat nasi, lemang dan juga burasak.Mana-mana pun sedap.
Masa ni saya buat pulut kukus dan saya akan gaul dengan serunding kelapa yang sedap.Jadilah pulut serunding macam kat bawah ni:)
Pulut serunding kelapa ni antara favourite saya sekeluarga. Memang sedap kalau dapat makan serunding kelapa dengan pulut kukus yang lembut macam ni.
Sumber Resepi : Cikgu Ani
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahannya:
2 biji kelapa - diparut putihnya sahaja
Air asam jawa secukupnya
Bahan kisar:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - dihiris nipis
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu makan udang kering
Cara Membuat Serunding Kelapa Yang Mudah dan Sedap
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit
minyak.
2.Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata hingga
mendidih.
3.Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api sederhana perlahan hingga
kelapa jadi ringan dan kering.
4.Sedia untuk dihidangkan.
Cara Menyediakan Serunding Kelapa yang Sedap
Masa ni semua bahan kisar sudah dimasukkan dalam kuali.Biarkan seketika sehingga ia terbit minyak, barulah masukkana air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Part ni pulak, saya dah masukkan kelapa.Kita gaul sehingga kelapa jadi ringan dan agak kering.
Serunding kelapa yang dah siap:) saya memang suka akan serunding kelapa yang warnanya seperti ini.Jika serunding kelapa warnanya kuning atau pucat, saya anggap serunding tu tak sedap.haha.
Nota :
Sekiranya anda ingin membuat serunding kelapa yang kering dan tahan lama, mak mertua saya ajar supaya kelapa parut tu di sangai atau sangan ( orang jawa sebut macam tu..) dalam kuali, dengan api perlahan dan tanpa minyak. Bila kelapa parut tu dah kering dan kekuningan, angkat dan masukkan dalam bekas lain dulu.
Kemudian, tumis bahan kisar macam langkah di atas, akhir sekali baru masukkan kelapa parut yang dah dikeringkan tadi.
Kemudian, tumis bahan kisar macam langkah di atas, akhir sekali baru masukkan kelapa parut yang dah dikeringkan tadi.
Taraa. Sekarang dah siap dan boleh di makan.hehe.Kadang-kadang Ibu Mertua saya yang rajin dan suka dan pandai memasak ni akan masukkan daging dalam serunding kelapanya. Wahh, kalau zaman saya mengandung dulu, boleh mengidamlah dibuatnya serunding kelapa daging Ibu Mertua saya ni.Hmm, apa lagi, jom ramai-ramai buat serunding kelapa sempena Lebaran tahun ini.
Serunding kelapa juga sedap dimakan bersama ketupat nasi atau ketupat palas, leper ( makanan orang jawa yang menggunakan beras pulut, santan dan kelapa parut ) atau boleh juga di makan dengan lemang. Selamat mencuba Serunding Kelapa Yang Mudah dan Sedap ini..:)
31 Comments
Terimakasih atas resepi..sedap sgt. Mohon halalkan ilmu yer..
ReplyDeletesama-sama sis:) terima kasih cuba resepi ini..
DeleteTerima kasih atas perkongsian resepinya, saya ambil resepinya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.
ReplyDeleteselamat mencuba resepi ini:)
Deleteterimakasih resepinya...kebetulan akak mmg tercari2 resepi ni
ReplyDeletesama-sama sis:) semoga dipermudahkan urusan membuatnya.
DeleteSalam..nk tya.. kalu 2 biji kelapa ni anggaran utk berapa org makan? Tq
ReplyDeletesalam sis, dua biji kelapa ini anggaran untuk 8-10 org dewasa makan.Biasanya serunding dimakan sebagai pencicah saja kan..atau dimakan bersama lemang, ketupat nasi atau nasi himpit dan pulut..:)
DeleteAssalam.. Waaaah.. Kebetulan cari resepi ni☺.. Nak tanya.. Kalau serunding kering boleh tahan berapa lama ya??
ReplyDeletewslm sis, kalau kita simpan dalam fridge dan rajin panaskan semula, serunding ni memang tahan hingga 2 minggu.
DeleteAlhamdulillah..... Saya ni memang tak pandai masak. Kahwin dgn orang jawa. Masa arwah ibu mentua saya ada, tak de pulak nak menanya. Haaa sekarang, tercari-cari resepi. Mujurlah ada yang sudi berkongsi ilmu. Ribuan terima kasih untuk Cik Matahari kita ni ��, semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekinya. Aaamiiin.
ReplyDeleteSalam sis, terima kasih singgah blog ni:) semoga resepi yang dikongsikan memberi manfaat kepada puan:)
DeleteTr kasih dan tahniah! Very good recipe. Makanan warisan ni.
ReplyDeleteterima kasih singgah blog ini:)
DeleteAssalam sis...terima kasih byk2 atas perkongsian ilmu n resepi ini...semoga dimurahkn rezeki selalu...
ReplyDeletewslm, aamin untuk doanya:) terima kasih singgah blog ini..
DeleteSis terima kasih share resepi. Tapi saya nampak dlm gambar Ada serpihan merah macam cili. Kena letak cili ke? Dlm resepi tiada bahan cili..
ReplyDeletealhamdulillah, maaf saya tertinggal nak masukkan cili kering blend dalam resepi.Saya dah edit.Selamat mencuba ya:)
DeleteAssalam...sis kalau udang kering ganti pakai ikan bilis boleh
ReplyDeleteke?
boleh sis, cuma kl guna udang kering bau serunding lagi sedap..
DeleteAlhamdulillah thn ni first year nak cuba masak lontong sayur lodeh sambal bilis dn serunding kelapa.Makanan feberet cik somi ni
ReplyDeleteselamat mencuba sis:)
DeleteTq sis. Ingat nak tnya xde cili ke.. ok.. da dijwp
ReplyDeleteHai sis.. Cili kering letak berapa banyak ya... Kalau nak letak daging sekali dengan kelapa ke. Tq jkk
ReplyDeleteboleh letak cili kering yang sudah diblend dalam 3 sudu makan,kalau suka pedas sikit boleh letak lebih.Lagi sedap jika masukkan daging dalam serunding.
DeleteTahun 2021 masih ada mencari resipi serunding. Terima Kasih menjadi saya guna resipi ni dan inilah kali pertama juga cuba masak serunding sendiri heheh esok nak tanak pulut buat pulut serunding pula
ReplyDeletewahhh...alhamdulillah! hebat awak sekali mencuba terus menjadi..sedapnya pulut serunding..:)
DeleteMacamana nak jadi warna begitu ya Puan. Saya pun suka..
ReplyDeletemasukkan cili kering blend masa kita menumis bahan-bahan ni, nanti jadilah warna serunding kita oren dan kemerahan.cubalah resepi yang saya kongsi, InshaAllah menjadi:-
DeleteAlhamdulillah terima kasih tipsnya. Inshaa Allah saya akan cuba...
ReplyDeleteBetul..mak sy ajar pun ikut cara org dulu2. Kelapanya disangai dulu utk tahan lg lama.
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!