Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Kalau dah namanya cikgu kan, saya kepingin ( keluar dah versi jawa dia..hehe..) memudahkan dan kalau boleh murid-murid saya dapat memanfaatkan kemudahan teknologi yang mereka nikmati pada masa kini dalam pembelajaran mereka setiap hari. Budak-budak sekarang, lebih banyak mengadap komputer, laptop, tablet daripada membelek helaian buku sekolah.
Ada sekali tu, anak lelaki saya yang berusia dua tahun pun naik jakun( aha..saya dah malas nak translate makna jakun kat sini, pandai-pandai ekaulah tanya cik Google.. ) bila tengok gambar-gambar kat buku cerita yang saya belikan untuknya.Tak tahulah jakun tahap apa,haha.Saya geleng kepala tengok dia buat lagak "touch screen" kat buku yang dipegangnya. Yelah, sejak usia sekecil itu, dia dah saya biasakan main flash card di telefon bimbit, jadi dia taram semua sama je.huh!
e-Pembelajaran di Blog Cik Matahariku
Okeh, balik kepada topik asal kita. Kementerian Pelajaran sekarang pun dah perkenalkan macam-macam skill belajar berasaskan teknologi kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Tinggal cikgu cikgi kat sekolah nu, nak praktikkan ke idak.hehe.
Jadi, sebagai menyokong usaha dan dasar pendidikan kerajaan, saya kongsikan kepada semua pelajar-pelajar di seluruh Malaysia, beberapa sumber pembelajaran yang berasaskan teknologi dan bersifat Interaktif. Kalau anda sebagai Ibu bapa, jangan tahu berblog sahaja (hihi) atau berfacebook memanjang, kalau buka komputer atau tablet tu, ajar atau kongsi dengan anak-anak anda link-link pembelajaran secara online yang saya kongsikan ini.
Senarai Link Pembelajaran Online di Blog Cik Matahariku
Semoga anda juga dapat sebarkan kepada kengkawan anda akan Link terbaik dari ladang ni.Pastinya pembelajaran anda akan lebih seronok dan bermakna. Selamat Mengulangkaji!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!