Entri Sampah

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Bila belek-belek entri masa mula-mula berblog iaitu tahun 2011, terasa sedih dan kelakar sendiri pun ada. Masa tu memang tulis dari hati.ecehceh.Sedih sebab takdak sapa pun yang baca. Macam Syok sendiri pun ada.hehe. Yang kelakar pulak sebab, dah tahu takde orang baca, tapi masih "degil" untuk tulis dan post entri baru.kesian betul kan?

Mungkin inilah yang sesetengah pakar SEO sebut sebagai "entri sampah". Nasihat mereka ini supaya jangan penuhkan list post anda dengan "entri sampah".Entahlah. Bila dikaji balik, memang ada betulnya juga. Saya memang angkat tangan dan mengaku kalah bahawasanya entri-entri saya setakat ini belum pun capai 500 post. Nak capai 300 post pun lambat lagi rasanya.huhu.

Jangan Tulis "Entri Sampah"

Selain daripada hambatan waktu, saya juga mempunyai habit akan ambil masa lama untuk edit sebelum publish entri saya.Saya "serik" untuk menulis entri sampah.Namun, bagi sesetengah yang lain pula, mereka berasa yakin dengan publish apa sahaja yang mereka rasa nak share dengan pembaca.Saya kagum dengan blogger yang seperti ini.Yelah kan, dah blog sendiri, suka hati den lah nak tulis apo je kan.

Apa itu " Entri Sampah"

ciri-ciri entri dengan seo
Ukur dan Nilai Entri Yang kita Publish Setiap Hari
Saya pun bukanlah arif sangat dengan dakwaan sesetengah pakar SEO ni akan maksud entri sampah ni. Entah-entah entri yang bercerita tentang sampah kot.hehe. Saya berfikir positif dan menganggap entri sampah ni mungkin entri yang dipublish sekadar untuk beritahu dia buat apa, pergi mana, dia sedang bosan atau sedang bersedih.Ada sesetengah penulis yang anggap blog depa ni sebagai diari kan. Maka sudah tentulah dia akan tulis semua benda-benda tu.

Misalnya blog Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana atau Ben Ashaari. Ni semua contoh blog personal yang anda semua tahu, mereka pasti akan tulis tentang "lifestyle" mereka kan? Jadi, adakah ini bermakna entri yang mereka tulis juga boleh dinilai sebagai "entri sampah"?

Tulislah Apa Sahaja Dengan Syarat...

Tulislah apa sahaja. Asalkan post yang anda kongsikan itu memberi manfaat kepada readers. Jika tidak dapat memberi manfaat, maka sah-sah anda hanya membuat kerja yang sia-sia. Harus diingat, Allah tidak suka kita buat perkara sia-sia.Jadi berbalik kepada entri sampah, dakwaan ini akan jadi benar jika" anda yakin " takde satu pun yang anda publish tu dapat memanfaatkan pembaca anda.

Mari sama-sama jadi Blogger yang memberi manfaat...:)


Post a Comment

0 Comments