Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Sepanjang minggu ini berulang-ulang kali telinga saya disumbat dengan pelbagai lagu versi kemerdekaan. Ditambah lagi dengan sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.Sehinggakan saya membuat satu rumusan bahawa : Nak sambut merdeka ni, mesti dengan berpesta lagu merdeka.Berhibur sini sana dan menonton persembahan bunga api pada malam kemuncaknya.Sebab realiti ini yang saya lalui sepanjang sedekad dibidang perguruan.Entah-entah murid-murid saya juga "menyimpan" memori yang sama tentang kemerdekaan.
![]() |
Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku |
Apa Makna Sebenar Merdeka ?
Kali ini berhenti bercakap soal merdeka yang sedang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini. Saya juga meraikannya.Selamat Hari Merdeka kepada anda semua.Tetapi, benarkah sebagai seorang Individu, dengan segala kewajipan dibahu, kita sudah selayaknya meraikan kemerdekaan itu? Mari saya bawa anda, erti merdeka yang ingin saya kongsikan disini.
Apa kata, hari ini alang-alang mood semua orang sedang rasa "sudah merdeka", saya ajak anda bermuhasabah bersama saya, kita jejaki liku-liku kehidupan kita selama ini. Kalau anda benar-benar sudah mencapai usia 56 tahun, seiring dengan usia kemerdekaan negara, nah, inilah masanya anda berfikir: Negara ini dengan segala kemajuannya, pencapaian terbilangnya dan kecemerlangan di sini sana, tetapi adakah aku juga telah menjadi sehebat itu?Jawab sendiri.
Jika merdeka yang anda faham itu ertinya "bebas dari segala bentuk penjajahan sama ada fikiran, tindakan dan perbuatan" maka konsep yang anda faham itu, masib betul dan boleh diterima.Cumanya, kali ini saya ingin kita ingat balik, kalau betul kita kata kita sudah merdeka:
- Adakah kita sudah tidak berasa hasad kepada kejayaan rakan ?
- Adakah kita tidak lagi mengumpat dan bercerita aib rakan di belakang?
- Adakah kita sudah bekerja dan mematuhi etika bekerja dengan sebaik-baiknya?
- Sudahkah solat kita sempurna lima waktunya?
- Sudahkah aurat kita terpelihara semuanya?
- Sudahkah kita kenal Syurga dan NerakaNya?
Begitulah kawan-kawan,jika kita bertindak dan berfikir dengan meletakkan agama dan Iman kita sebagai yang utama, maka kita tak akan sanggup "mengelat" solat lima waktu.Jangan jadi macam budak-budak yang belum baligh, yang memberi alasan "penat untuk bersolat", "sakit perut" dan sebagainya hanya kerana tidak mahu mendirikan solat.
Jika anda pasangan ibu bapa yang tidak sempurna solat atau auratnya, ingat anda sedang "memundurkan" dan "menjauhkan" ahli keluarga anda jauh dari rahmat dan SyurgaNya.Ya, kawan-kawan semua, saya bukan menakut-nakutkan, tetapi itulah hakikatnya. Jangan kata, belum dapat hidayah atau tunggu dapat hidayah, itu penjajahan fikiran oleh makhluk atau penduduk tetap nerakaNya.
![]() |
Tuhan, aku tidak layak ke SyurgaMu, namun aku takut dengan api nerakaMu, terimalah taubatku Ya Allah |
Kadang-kadang, dalam hal begini kita kena bermujahadah ( berfikir dan bermuhasabah melawan godaan dan dugaan Syaitan ).Dia memang tak mahu kita ke Syurga Allah.Dia sudah bersumpah dan berjanji akan membawa makhluk yang Allah cipta sebagai manusia ini bersamanya ke neraka Allah.Nauzubillah.
Marilah kawan-kawan. Mari Merdeka atas nama Iman.Iman merujuk kepada kepercayaan kita akan keesaan Tuhan. Sebab tu, walaupun kita tidak pernah melihat syurga dan neraka, tapi kita asuh iman kita supaya rindukan syurga dan menjauhi neraka.Kita buat apa yang disukai dan diperintahkanNya, kita jauhi semua yang dimurkai dan dilarangNya.Kita boleh berubah kawan-kawan semua!
Jangan berhenti berharap keampunan dan rahmatNya.Kalau hari ini kita berdosa dan tersilap memilih jalan hidup, jangan putus asa.Mari kembali kepadaNya. Saat kita memilih selangkah untuk rapat dan dekat kepadaNya, DIA akan datang kepada kita dengan seribu langkahNya.
Adakah ajakan saya ini bermakna saya tidak patriotik? Orang sibuk sambut negara merdeka untuk kali ke-56 tahun, awat engkau pi cerita merdeka atas nama iman? Saya cintakan tanahair dan agama saya, saya ingin sama-sama mengajak ahli negara saya juga merdeka bersama merdeka negaranya.Salam Merdeka kawan-kawan semua!
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!