Apakah Perkara Yang Membuat Anda Rasa Selesa ?

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Ya, apakah Perkara yang membuat anda rasa selesa ?Tentu banyak perkara dan sebab bukan? Perasaan selesa ini sebenarnya ada kaitan dengan rasa aman, tenang, gembira, bahagia dan suka hati boleh buat apa saja.Seronok kan perasaan begini ?. Dulu, semasa saya di sekolah rendah, perkara yang buat saya rasa selesa ialah apabila saya tidak perlu berebut-rebut beratur di kantin sekolah.Sungguh!.Mungkin sebab sudah terbiasa dengan bekal makanan yang ibu saya sediakan, saya jadi "kurang selesa" jika perlu beratur di kantin sekolah untuk membeli makanan.

Apakah Perkara Yang Membuat Anda Rasa Selesa ?


Menginjak usia dewasa, perasaan selesa dalam sanubari saya bertambah luas dan ada kala saya rasa "selesa" jika cikgu matematik tidak dapat masuk ke kelas.haha.Saya memang kurang gemar subjek yang satu ini.Rupanya perasaan selesa ini, jika dilihat daripada satu sudut yang lain, ia nampak negatif pula kan? Bayangkan, jika anda menjadi seorang individu yang hanya mahukan sesuatu yang menyenangkan demi keselesaan dan kepentingan anda. Orang lain pun naik menyampah kan.Dengan kata lain, tak boleh susah sikit, serba serbi nak selesa.Kalau perasaan selesa yang macam ni, kita abaikan ya.

Senarai Semak Yang Membuat KITA Rasa Selesa ( Sepatutnya...)


Mungkin perkongsian ini dapat meluaskan lagi pengetahuan kita tentang apa sepatutnya yang membuat kita rasa selesa.Jom, kita semak satu persatu senarai dibawah ini. Selepas itu kita fikir semula, adakah kita benar-benar rasa selesa dengan perkara-perkara berikut :

  • Kita rasa selesa apabila dapat tunaikan solat terlebih dahulu kemudian barulah kita selesaikan urusan-urusan lain.
  • Kita rasa selesa apabila mengutamakan kewajipan kita kepada suami atau isteri, anak-anak dan ibu bapa, kemudian barulah kita lakukan atau buat kesukaan kita.
  • Kita rasa selesa apabila dapat menahan sabar dan menghormati orang lain yang tidak menghormati kita.
  • Kita rasa selesa apabila dapat menghalang rakan atau menegur rakan daripada mengumpat, memfitnah atau menyebar aib orang lain.
  • Kita rasa selesa apabila dapat menyatakan dan meluahkan perasaan kasih kita kepada insan yang kita sayangi ( suami, isteri, anak-anak, sahabat handai dan ibu bapa ).
  • Kita pasti rasa selesa apabila dapat memanfaatkan diri dan berbakti kepada insan-insan yang memerlukan.
  • Kita akan rasa selesa apabila melihat rakan dan sahabat handai tersenyum memandang kita dan menegur dengan ramah.
Perasaan Selesa Punca rasa Bahagia

Meskipun kita belum dapat atau belum ada upaya untuk mewujudkan perasaan selesa yang sebenar dalam diri kita, InsyaAllah, tidak salah jika kita ada hasrat untuk memperbaiki diri dan berazam untuk menjadi lebih baik dari semalam.Ayuh kawan-kawan semua, mari kita usaha untuk memperbaiki diri supaya jarak kita semakin dekat dengan SyurgaNya dan selangkah jauh dari NerakaNya.Wallahualam.


Post a Comment

0 Comments