Apakah Status Di Dinding Facebook Anda Hari ini ?

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Saya pernah berkongsi DI SINI dahulu bahawa antara sebab musabab saya terjebak beralih arah ke dunia penulisan blog adalah kerana " kedekutnya" Tuan Facebook meminjamkan ruang dindingnya untuk saya conteng dengan kata-kata atau ayat-ayat kesukaan saya.Ya, itulah sebabnya apabila saya menumpahkan perhatian saya ke blog, maka senyap sepilah dinding facebook saya.

Apakah Status Di Dinding Facebook Anda Hari ini ? 


Ada masa terhibur kita melihat pelbagai status yang tertulis di dinding Facebook rakan-rakan atau ahli keluarga kita. Terima kasih kepada pemikir terbinanya dunia maya tanpa batas ini sehingga kita sangka "tidak sempurna hidup kita jika tidak menatap Facebook sehari.Bukan begitu kawan-kawan semua?hee.Tiba-tiba semua orang jadi ulat mukabuku kan ?Ah, biarkan saja.Semua orang ada haknya yang tidak manis untuk kita campuri..:)

Lalu, disini ingin saya bicarakan dan kongsikan dengan anda, selama bersosial dengan rakan-rakan di Facebook ini, adakah anda telah kongsikan status yang baik-baik sahaja atau bagaimana?.Mari sejenak kita lihat kembali semua status kita di Facebook, adakah telah benar-benar memberi manfaat kepada semua rakan-rakan dan saudara seagama kita?

Bahayanya Status Yang di Salah Tafsir Oleh Pembaca

Bolehkah saya katakan bahawa Facebook juga boleh dijadikan antara buku catatan kita yang akan disemak dan menjadi bahan bukti pada hari Pembalasan nanti.Tentu sahaja hujah ini saya sandarkan apabila sebuah kalam Allah menyebut begini :
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).'' (Al-Zalzalah : 7).
Ya, kawan-kawan semua. Setiap perbuatan kita semua ada nilai disisiNya.Meski hanya seberat zarah.Jangan sampai status kita menjadi perbalahan dan mengundang permusuhan.Jangan sampai status kita mengundang fitnah dan memburukkan rakan.Jika kita mampu elakkan semua itu dari berlaku, buatlah dan kongsilah apa sahaja di dinding Facebook anda.Mudah sahaja rupanya kan? Ya, ramai sangka buat baik itu susah dari buat jahat. Itu pemikiran orang Jahiliyyah. Yang sepatutnya dalam minda kita, buat baik itu lagi mudah dan senang berbanding berbuat jahat.

Status di Facebook Jangan Sampai Melekakan

Walaupun status anda di Facebook mengajak kepada kebaikan dan berfikir tentang keimanan, tapi jangan sampai kerana update status di Facebook, sampai lupa kewajipan yang utama. Tidakkah anda berasa aneh, jika anda berkongsi tentang rahsia dan fadilat menunaikan solat, tetapi anda melupakan diri anda sendiri. Anda sendiri belum melaksanakan atau mendirikannya!.Tidakkah aneh jika begitu caranya?.

Usahlah kawan-kawan berasa gentar dengan ingatan dan teguran saya di sini.Saya juga punya kelemahan dan kesilapan di mana-mana.Saya tetap ingin mengulang kata-kata Imam Hasan Al Basri, yang berbunyi begini :


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. 
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. 
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. 
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..
Mungkin bukan saya.Mungkin Orang lain. Tetapi jika kebaikan itu dikongsi dan disebarkan, mungkin bukan saya sahaja, mungkin anda juga akan dapat manfaatnya.Jom, buat baik! 

Post a Comment

0 Comments