Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Masih ingat lagi entri Kenapa Jodoh Lambat Sampai yang pernah saya post beberapa hari lalu? Saya tidaklah over confident yang readers atau followers blog ini sanggup datang sini setiap hari kalau setakat nak baca post entri saya yang tak seberapa ni kan?huhu.Tapi, entri itu sedikit sebanyak membangkitkan motivasi dan harapan saya untuk terus menulis kerana pada hari saya kongsi cerita Kenapa Jodoh Lambat Sampai, pengunjung ke blog saya meningkat secara mendadak. Al Hamdulillah..:)
Bila Jodoh Sudah Sampai
Selepas menulis entri INI, saya berpendapat cerita dalam entri tersebut harus ditulis sehingga tamat. Saya sendiri tidak percaya pada awalnya bahawa kawan baik saya yang meminati teman sekerja kami benar-benar berjodoh dengan secret admirernya sendiri!.Wahh, kalau tahu macam ni, saya sungguh-sungguh tackle secret admirer saya dulu.haha.Erkk..maaf ye Encik Suamiku.Ekaulah Heroku Dulu, kini dan Selamanya..:)
Sebenarnya, bila jodoh sudah sampai, tiada siapa dapat menghalang urusan yang satu ini. Kawan baik saya tadi melewati dugaan sedikit berat apabila pada suatu hari secret admirernya itu mengalami kemalangan teruk sehingga terpaksa menjalani rawatan penyembuhan yang lama dan ditahan di wad hospital beberapa minggu.
Sebagai rakan sekerja, sudah tentu kami bersepakat untuk menziarahi rakan sekerja yang ditimpa musibah.Termasuklah teman baik saya tadi.Sudah tentu berseri-seri wajahnya tatkala saya mengkhabarkan yang kami semua akan pergi menziarahi secret admirernya itu.Maka bermulalah "usaha mendekatkan jodoh" antara kawan saya tadi dengan secret admirenya.ahaha.Jangan lupa, dalam hal ini, hanya saya sahaja yang tahu bahawa lelaki itu adalah secret admirer kawan saya tadi.
Kisah Jodoh Berakhir dengan Bahagia
Agak-agak apalah yang saya buat supaya si lelaki tadi mendapat hint supaya dia tahu dan menyedari " ada sesorang yang dekat dengannya" sangat menyukainya.Ehem..apa agaknya ye?. Kawan baik saya ni sangat berseni orangnya. Dalam berkecamuk memikirkan apakah buah tangan paling sesuai untuk si lelaki tadi, lalu dia mencadangkan supaya kami ( kononnyalah) datang menziarah dengan membawa sebakul buah dan bunga untuk lelaki tadi.
Wahh, menarik jugak ni.Orang sakit dapat bunga kan.hehe. Maka tugas mengubah bunga dan buah itu kami serahkan kepada yang pakarlah ( kawan baik saya tadi ).Atas permintaan kawan baik tadi, dia minta saya pula mengarang ucapan khas untuk ditulis di atas kad yang akan diselitkan pada gubahan tadi.Seperti yang saya catat dalam ENTRI INI, saya memang suka menulis "ayat-ayat" untuk mengayat.heee.
Maka, siaplah sebakul bunga dengan gubahan indah, serta ucapan yang berbunyi begini :
Teman baik saya tadi sudahpun berkahwin dengan secret admirernya sendiri. Namun, segalanya tentulah dengan ketentuan Yang Maha Kuasa. Saya tumpang gembira dan bahagia untuknya dan Suami. Mereka kini hidup bahagia dengan dua cahayamata dan semoga jodoh mereka akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin.
Nantikan entri seterusnya tentang muhasabah diri: kenapa jodoh belum sampai...

Semoga Dugaan Ilahi ini memberi kita ruang untuk muhasabah diri, ruang untuk menetapkan sabar dihati.Sabar dalam menerima segala yang disukai dan tidak disukai.Semoga Dugaan ini juga memberi petunjuk Engkau disayangi olehNya dan juga HambaNya...Masa berlalu.Ya, begitulah Tuhan memberi kesempatan dan laluan kepada setiap hambaNya, untuk mengubah nasib dirinya sendiri. Ingat pesan saya kepada sesiapa yang belum bertemu pasangan yang baik, jangan sangka jodoh anda itu jauh!
Teman baik saya tadi sudahpun berkahwin dengan secret admirernya sendiri. Namun, segalanya tentulah dengan ketentuan Yang Maha Kuasa. Saya tumpang gembira dan bahagia untuknya dan Suami. Mereka kini hidup bahagia dengan dua cahayamata dan semoga jodoh mereka akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin.
Nantikan entri seterusnya tentang muhasabah diri: kenapa jodoh belum sampai...
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!