Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Ya, begitulah kawan-kawan semua.Jangan sesekali fikir jodoh kita (erkk..macam tak kena pulak kan..) jodoh anda itu jauh di seberang sana, atau anda sangka jodoh anda itu sedang belajar atau bekerja di United Kingdom dan sebagainya.
Mungkin sekali jodoh anda ialah rakan sekerja atau sepejabat anda.Atau mungkin juga jodoh anda itu orang yang anda jumpa setiap hari atau mungkin kawan gaduh anda di kolej atau Universiti. Sebabnya sesiapa sahaja berpotensi untuk menjadi jodoh anda selagi anda belum berkahwin.Wahh..Dahsyatnya teori cikgu sorang ni.
Jangan Sangka Jodoh Itu Jauh
Rentetan entri tentang Kenapa Jodoh Lambat Sampai yang pernah saya post sebelum ini, maka kali ini marilah kita sama-sama muhasabah beberapa perkara tentang jodoh, urusan Tuhan yang DIA rahsiakan tapi Tuhan tidak pernah halang kita mencari dan memahami Hikmah mengapa sesuatu itu berlaku.
Muhasabah Tentang Urusan Jodoh
Lambat atau cepat datangnya Jodoh itu, sudah kita maklumi bahawa ianya urusan Tuhan. Mari kita muhasabah, untuk diri kita sendiri mengapa agaknya DIA belum temukan kita dengan jodoh yang sesuai dan berikan kita pasangan seperti orang lain.
Rentetan entri tentang Kenapa Jodoh Lambat Sampai yang pernah saya post sebelum ini, maka kali ini marilah kita sama-sama muhasabah beberapa perkara tentang jodoh, urusan Tuhan yang DIA rahsiakan tapi Tuhan tidak pernah halang kita mencari dan memahami Hikmah mengapa sesuatu itu berlaku.
Muhasabah Tentang Urusan Jodoh
Lambat atau cepat datangnya Jodoh itu, sudah kita maklumi bahawa ianya urusan Tuhan. Mari kita muhasabah, untuk diri kita sendiri mengapa agaknya DIA belum temukan kita dengan jodoh yang sesuai dan berikan kita pasangan seperti orang lain.
- Dalam hal mencari pasangan, sebenarnya bukan mudah mencari pasangan yang boleh menerima diri kita seadanya. Begitu juga dengan segala kelemahan dan kekurangan yang kita miliki. Jadi, Dalam tempoh Tuhan belum ketemukan kita dengan pasangan yang betul, DIA mahu kita berusaha memperbaiki dan melengkapkan diri terlebih dahulu sebelum menjadi suami atau isteri yang terbaik untuk orang lain.
- Mungkin kita pernah kecewa dan terluka beberapa kali, dan rasanya seperti mahu berputus asa, tetapi usahlah berasa begitu. Adakah kita sudah lupa bahawa mana-mana manusia yang menjadi terbilang dan terbaik adalah kerana dia telah mencuba beratus-ratus kali dalam usahanya?.Allah ingin kita sentiasa ingat bahawa meski tanpa pasangan, kita masih dapat menikmati kasih sayang sahabat, ibu bapa dan keluarga.
- Menjadi suami isteri dan kemudiannya beralih kepada menjadi ibu dan bapa bukanlah satu tugas mudah.Jodoh anda mungkin lewat disebabkan DIA tahu kemampuan anda sama ada dari segi kewangan, persediaan mental dan kematangan bertindak belum cukup sempurna untuk memikul tanggungjawab itu. Maka, diberinya anda ruang waktu seluasnya untuk mempersiapkan diri dengan segala keperluan berkeluarga.
- Bertemu jodoh bermakna kita harus bersedia menerima ahli keluarga baru dalam hidup kita. Jika kita belum bersedia menumpahkan ketaatan kita kepada yang sepatutnya mengikut keutamaan dalam agama, maka fikir-fikirkanlah mengapa DIA masih KIV jodoh anda.
- Akhir sekali dengan melewatkan jodoh anda, DIA sebenarnya mahu anda bersabar dan memahami bahawa jika DIA tidak mengurniakan anda pasangan seperti orang lain pada masa kini, itu mungkin bermakna, DIA mahu anda berusaha mencari jodoh dengan mengikut garis pandu yang ditentukan oleh agama.
Jodoh itu Rahsia Tuhan
Banyak sebab dan hikmahnya mengapa jodoh anda belum sampai hingga ke saat ini.Jika tiada satu pun hikmah yang saya kongsikan ini sesuai untuk anda, jangan sedih dan berputus asa, Ingatlah bahawa Jika Dia memberikan sesuatu kepada kita dengan sebab, maka jika DIA tidak memberinya juga pasti dengan sebab! Mari bersangka baik dengan segala ketentuanNya...
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!